Panda Mini EV Edisi Go Kart Hanya Di China
Pengeluar kereta China, Geely melancarkan EV Panda Mini Go Kart Edition untuk pasaran China, baru-baru ini.
Ia yang mempunyai ukuran panjang 3,065 mm, selebar 1,522 mm dan setinggi 1,600 mm dikatakan lebih kecil daripada Perodua Axia 1.0 MT.
Walaupun saiznya yang comel, itu tidak menghalang Geely daripada memberikan kelainan kepada model istimewanya itu.
Melihat kepada model edisi khas ini, terdapat spoiler di belakang manakala bampar hadapannya juga telah direka semula.
Selain itu, terdapat juga skirt sisi dan dipadankan dengan rim roda 14 inci. Panda Mini ini dlihat menggunakan bentuk badan petak, tetapi dengan rekaan yang mencerminkan namanya.
Malah, lampu bulat besar di hadapan menghasilkan muka yang comel sementara corak rim pula seakan bentuk tapak kaki panda.
Menjengah bahagian dalamannya, ia dihiasi dengan kemasan warna putih, terdapat skrin infotainment 8 inci dan panel instrumen digital 9.2 inci.
EV mini tersebut yang dikuasakan dengan bateri berkapasiti 17.03 kWh dipadankan dengan motor elektrik tunggal.
Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 40 hp dan 110 Nm.
Bagaimanapun, harga kereta mini ini masih belum didedahkan namun malangnya ia Cuma dipasarkan di China.
Ada juga mengatakan bahawa Edisi Go Kart bagi Geely Panda Mini EV berkemungkinan lebih tinggi daripada harga siling model standard iaitu (lebih kurang RM37,492.
Gallery





Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPN1141
SELANGOR
BSG9074
JOHOR
JYE7346
PULAU PINANG
PRT2163
PERAK
ANY9522
PAHANG
CFD1471
KEDAH
KGB7120
NEGERI SEMBILAN
NEG6783
KOTA KINABALU
SJM239
KUCHING
QAB8854L
Terakhir Kemas Kini 11 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.14
+0.03
Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025
Berita Berkaitan
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group
Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.
16-02-2025
Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?
Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.
19-01-2025
DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim
DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.
17-12-2024
PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K
Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.
16-12-2024
Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?
"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.
07-11-2024
36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China
Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.
01-10-2024
Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?
Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..
27-09-2024
Berita Terkini
Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!
Model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.
07-08-2025
BMW iX3 Neue Klasse Guna Teknologi eDrive Gen6 – Capai 800 KM, Cas 10 Minit Untuk 350 KM
BMW bersedia untuk memperkenalkan model elektrik terbarunya kepada dunia, iX3 generasi seterusnya di IAA Mobility atau Munich Motor Show 2025.
07-08-2025
Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal
Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula memperkenalkan EX5 di negara terbabit.
07-08-2025
Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan
Mercedes-Benz bakal memperkenalkan model GLC generasi seterusnya dengan teknologi elektrik, dinamakan ‘Mercedes-Benz GLC with EQ Technology’.
06-08-2025
JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?
JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.
03-08-2025
MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?
Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.
31-07-2025
Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti
Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.
30-07-2025
Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?
Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.
30-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat