C43 Versi CKD, 408 PS/500 Nm
Suhana Veru
21-6-2024
Mercedes-AMG C43 4Matic yang merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) dijual pada harga RM443,888.
Ia dipasang di kilang Mercedes-Benz Malaysia yang terletak di Pekan, Pahang.
Difahamkan, C43 4Matic ini sudah tidak lagi menggunakan enjin V6 pengecas turbo seperti mana versi pendahulunya.
Sebaliknya, kereta sedan berlencana AMG ini disumbat dengan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV) yang kini menggunakan enjin pengecas turbo 2.0 liter 4-silinder biasa.
Ini membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 408 PS dan tork 500 Nm.
Dengan lencana 4Matic, sudah tentu model ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda AMG 4Matic AWD.
Untuk makluman, jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.6 saat.
Sementara itu, kelajuan maksimum jentera ini adalah 250 km/j atau 265 km/j tetapi jika pembeli memilih opsyen AMG Driver Package, ia mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 265 km/j.
Secara visual, C43 4Matic adalah model W206 C-Class paling sporty yang akan dilancarkan di Malaysia, gara-gara menerima pelbagai alat ganti dan sentuhan AMG.
Ia dipasang dengan gril hadapan signatur 'Panamericana' dengan lambang AMG , terdapat empat ekzos, ada lencana 'Turbo Electrified' baharu pada spatbor hadapan.
Mengenai roda pula,, C43 didatangkan dengan set rim bersaiz 18 inci,dan terdapat pilihan untuk menaik taraf kepada saiz 19 inci.
Selain itu, sentuhan AMG diteruskan ke bahagian kabin kerana ia dihiasi dengan , warna hitam-merah.
Kesemua tempat duduk dibalut dengan upholsteri kulit sintetik khas Artico yang dibarisi dengan beberapa kemasan gentian Microcut dengan jahitan merah.
Menyentuh mengenai kabinnya, ia juga didatangkan dengan sistem audio premium Burmester yang disambungkan pada unit infotainmen MBUX 11.9 inci, selain terdapat juga instrumen digital 12.3 inci dengan paparan kepala (HUD).
Tidak ketinggalan, tempat duduk hadapan juga agak sporty dan berlencana AMG, stereng AMG Performance, karpet kaki AMG, pedal sports AMG serta pelbagai trim gentian karbon.
Seperti yang dijangkakan dalam mana-mana Mercedes-Benz baharu, AMG C43 4Matic juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan pakej letak kereta dengan kamera 360 darjah serta GUARD 360° Perlindungan Kenderaan.
Bagi yang berminat, jentera ini sudah boleh ditempat di semua pengedar sah Mercedes-Benz di seluruh negara.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery











Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPE2423
SELANGOR
BSE9563
JOHOR
JXY2016
PULAU PINANG
PRQ8624
PERAK
ANW379
PAHANG
CFB8270
KEDAH
KGA6701
NEGERI SEMBILAN
NEF9714
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB4088L
Terakhir Kemas Kini 26 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Berkaitan
Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta
Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.08 juta.
25-02-2025
Khidmat Pemindahan Terminal MAS Guna Mercedes-Benz EQS 500 & S580e
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menjalin kerjasama dengan syarikat induk Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG).
22-01-2025
Mercedes-Benz Malaysia Raikan Pelanggan Mercedes-AMG – Lapan Terpilih Ke Sweden & Jerman
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, MBM mengadakan acara eksklusif “Drive To Thrill” hujung minggu lalu di Autohaus Hap Seng Star Balakong (HSS Balakong).
14-01-2025
Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan
MBM turut memeterai kerjasama dengan beberapa CPO untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.
29-11-2024
Mercedes-Benz GLC 350 e 4Matic Coupe Kini Rasmi Di Malaysia – SUV PHEV CKD, Dari RM425,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan model GLC 350 e 4Matic Coupe yang merupakan salah satu daripada enam model baharu yang dilancarkan dalam acara ‘Luxury Like No Other’ di Cycle & Carriage Bintang Autohaus.
07-11-2024
GLC43 4Matic Coupe, Harga Tak Mahal Sangat, Hanya RM498,888
MBM turut melancarkan Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe dalam satu acara eksklusif, semalam.
06-11-2024
Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-AMG SL 63 4Matic+. Roadster ikonik ini kini boleh dibeli pada harga yang bermula dari RM1.9 juta.
06-11-2024
Mercedes GLE 63S SUV, GLE 63S Coupe Banyak Ciri Sama Tapi Harga Kayangan
Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan dua model SUV berprestasi tinggi, Mercedes-AMG GLE 63S dan GLE 63S Coupe.
05-11-2024
Berita Terkini
MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000
MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
20-05-2025
BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000
Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
15-05-2025
MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...
12-05-2025
MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.
10-05-2025
MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal
Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).
09-05-2025
MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800
GWM Malaysia secara rasmi melancarkan GWM Tank 500 HEV di MAS 2025.
09-05-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800
Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.
09-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat