ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Silvia Bakal Muncul Semula Tapi Pada Harga Mampu Milik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dikhabarkan Nissan akan membawa semula Nissan Silvia namun kembali sebagai kereta sport mampu milik.

Naib Presiden Bahagian Strategi Produk dan Perancangan Produk Global Nissan, Ivan Espinosa, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan semula Silvia.

Namun model itu akan diletakkan di bawah barisan GT-R yang mana pengeluarannya dikatakan akan dihentikan tidak lama lagi.

Dengan papan nama yang masih mempunyai ramai peminat di seluruh dunia, Espinosa membayangkan Silvia baharu bakal menampilkan "kuasa yang cukup baik pada harga sesuai yang membuatkan  pelanggan berasa menarik.

"Peluang sudah ada, tetapi akhirnya, ia adalah perniagaan, jadi saya perlu mencari cara untuk membuat cadangan ini menjadi menarik di mata syarikat. 

image.pngimage.png

“Kadang-kala kereta seperti ini hanya berhadapan dengan  penggemar kereta yang tidak begitu besar, tetapi ia boleh berfungsi jika kita menemui idea yang tepat yang boleh dijalankan di serata dunia,” kata Espinosa kepada laman berita automotif,  Top Gear UK.

Mengenai ketersediaan model itu, Espinosa menegaskan bahawa Silvia baharu tidak akan menjadi model eksklusif atau terhad kepada  pasaran tertentu sahaja.

Sebaliknya, pihaknya  mahu  menjadikan kereta itu lebih mudah diakses di  seluruh dunia.

image.png

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa ia akan menjadi cabaran besar untuk menghidupkan semula Silvia, tetapi dengan formula dan harga yang mampu milik, beliau optimis bahawa kereta sport akan membuahkan hasil.

“Kami tidak boleh melakukan produk ini secara serantau atau secara sekali sahaja kerana langkah itu dilihat tidak masuk akal. 

“Ia akan menjadi satu cabaran, tetapi ia sudah menjadi tugas saya untuk mencari cara melakukan perkara seperti ini kerana saya fikir ia akan menjadi hebat untuk pelanggan dan pihak syarikat.

“Jika saya boleh meletakkan formula yang betul, kami boleh menghasilkan Nissan Silvia mampu milik,” tambahnya.

Memandangkan Espinosa merancang untuk menjadikan Silvia baharu sebagai kereta sports mampu milik, kami boleh menjangkakan bahawa model baharu itu mampu menentang kereta sports  JDM 'peringkat permulaan' seperti Toyota GR86, Subaru BRZ, Mazda MX-5, dan Honda Prelude hibrid yang akan datang.

image.png

Biarpun Espinosa  tidak menyatakan mengenai rangkaian kuasa Silvia baharu, terdapat kemungkinan model baharu ini mungkin mengikut rentak model separa elektrik yang diambil oleh Prelude.

Ini kerana pembuat kereta itu telah berjanji untuk mengeluarkan 30 model elektrik baharu (EV dan hibrid) dalam beberapa tahun lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPH6231

SELANGOR

BSF7741

JOHOR

JYC2758

PULAU PINANG

PRR8604

PERAK

ANX1460

PAHANG

CFC3451

KEDAH

KGB1599

NEGERI SEMBILAN

NEG3409

KOTA KINABALU

SJL4605

KUCHING

QAB5787L

Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.07

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025

Berita Berkaitan

EV

18-06-2025
Berita Auto

04-06-2025
Global

27-05-2025
Berita Auto

05-04-2025
Global

28-03-2025
Global

28-03-2025
EV

27-03-2025
Global

27-03-2025

Berita Terkini

Global

Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya

Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear.

27-06-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Global

Toyota Land Cruiser 250 Guna Enjin Diesel MHEV 48V Diperkenalkan Di Eropah

Toyota telah memperkenalkan varian baharu Land Cruiser Prado (250 Series) di pasaran Eropah, iaitu model Hibrid 48V yang menggunakan teknologi MHEV turbodiesel.

25-06-2025
Global

Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?

Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.

24-06-2025
Global

Volkswagen Golf GTI Edition 50 Terbukti Sebagai GTI Paling Berkuasa – Ini Rahsianya...

Selepas mencipta rekod baru di litar Nurburgring minggu lalu, Volkswagen secara rasmi melancarkan model edisi istimewa, Golf GTI Edition 50.

23-06-2025
Global

Spesifikasi Hyundai Elexio Bocor – Capai 700 KM Sekali Cas

Hyundai bakal memperkenalkan SUV elektrik terbarunya, Elexio, di pasaran China tidak lama lagi.

23-06-2025
Global

Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

19-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.