MG5 GT Dikemaskini, Hampir Menyerupai MG3?
Sofea Najmi
15-8-2024
Setelah hampir lima tahun sejak MG5 GT generasi kedua dilancarkan, SAIC Motor akhirnya memberikan sentuhan facelift kepada sedan sporty ini. Kemaskini kali ini memberikan MG5 GT beberapa perubahan reka bentuk kecil dan pembaharuan kabin yang ketara.
Perubahan Reka Bentuk MG5 GT Facelift
MG5 GT Facelift kini menyerupai model-model terbaru MG, terutamanya hatchback MG3 generasi ketiga yang dilancarkan awal tahun ini. Perubahan visual yang paling ketara adalah pada bahagian hadapan, yang mana sedan sporty ini kini memiliki gril yang lebih lebar, lampu LED yang lebih tajam, serta komponen ambilan udara hadapan yang lebih besar.
Sudut tepi yang ‘berotot’ pada model ini masih dikekalkan. Perubahan yang seterusnya dapat dilihat pada bahagian belakang MG5 dengan lampu belakang LED yang lebih panjang dan tajam serta bampar belakang yang lebih menonjol.
Hasil sentuhan baharu ini, MG5 GT Facelift kini 40 mm lebih panjang daripada model terdahulu, menjadikan panjang keseluruhannya kali ini 4,715 mm.
Sentuhan Baharu di Ruangan Kabin MG5 GT Facelift
Pembaharuan juga dapat dilihat pada bahagian kabin MG5 GT Facelift, di mana ia kini kelihatan lebih konvensional berbanding susun atur unik yang tidak simetri pada versi sebelumnya. Dari segi kelengkapannya, ciri penting yang disediakan adalah termasuklah dua skrin berukuran 12.3 inci, konsol tengah yang kini lebih tinggi, lengkap dengan pengecas tanpa wayar dan port pengecas USB, corong pendingin hawa berbentuk berlian dan banyak lagi.
Trenkuasa MG5 GT Facelift
Tiada sebarang perubahan pada sistem kuasa MG5. Model yang dikemaskini ini masih mengekalkan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder yang menghasilkan 127 hp untuk model asas, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau CVT automatik.
Sementara itu, varian lebih tinggi yang menggunakan enjin turbo menawarkan output sistem keseluruhan 179 hp dan 285 Nm, digabungkan dengan sistem transmisi automatik DCT tujuh kelajuan.
Aspek Keselamatan MG5 GT Facelift
MG tidak mengumumkan sebarang peningkatan keselamatan untuk MG5 GT Facelift. Memandangkan model terdahulu 'terkenal’ kerana menerima penarafan sifar bintang dalam ujian pelanggaran ANCAP, diharapkan MG dan SAIC Motor akan menambahbaik model yang ditawarkan ini dengan ciri keselamatan penting yang turut menjadi pertimbangan ramai pembeli.
Penampilan Pertama di Auto Show Chengdu
MG5 GT Facelift dijadualkan untuk membuat penampilan pertama di Auto Show Chengdu di China pada 30 Ogos 2024. Di China, MG5 merupakan salah satu model paling laris daripada jenama ini, mengatasi sedan segmen C lain seperti Geely Emgrand, yang juga model asas kepada Proton S70.
Selain pasaran China, MG5 GT Facelift juga dijangka memasuki pasaran antarabangsa lain, termasuk pasaran pemanduan kanan (RHD) seperti UK, Thailand, Australia dan mungkin juga Malaysia.
Baca: Jenama IM Motors Digantikan Kepada MG, Satu Langkah Strategik Agar Laris?
Baca: SUV MG ZS EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM125K, Capai 174 HP, 230 KM!
Baca: Imej Rasmi Kabin Roadster Elektrik MG Cyberster 2024 Yang 'Stylo' Didedahkan
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC4533
SELANGOR
BSE5296
JOHOR
JXW7062
PULAU PINANG
PRQ4354
PERAK
ANV4535
PAHANG
CFB6952
KEDAH
KGA4655
NEGERI SEMBILAN
NEF7568
KOTA KINABALU
SJK7942
KUCHING
QAB3244L
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
-0.08
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
-0.08
EURO 5 B7
RM 3.00
-0.08
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Berita Terkini
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707
Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.
30-04-2025
Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!
Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale".
30-04-2025
Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?
Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.
29-04-2025
SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia
Chery buat julung kalinya, menayangkan SUV kompak terbaharunya, Omoda C3 di Wuhu, wilayah Anhui, China, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!
Mercedes-Benz mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vison yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?
Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8
Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.
25-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat