HEV Toyota Teknologi Mampan Yang Lebih Praktikal Berbanding EV?

Toyota menggunakan strategi pelbagai laluan dan bukan hanya tertumpu kepada teknologi elektrik
Dalam usaha mengurangkan pelepasan gas yang berbahaya, ramai pengeluar telah memilih untuk menghasilkan kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya sebagai penyelesaian. Namun, berbeza dengan Toyota, kerana syarikat automotif Jepun ini menggunakan pendekatan unik melalui strategi pelbagai laluan atau multi-pathway, dengan tumpuan terhadap pelbagai pilihan teknologi.
Strategi Pelbagai Laluan Toyota
Toyota percaya bahawa elektrifikasi hanyalah salah satu daripada cara yang wujud untuk menuju ke arah mobiliti hijau. Dalam strateginya, Toyota juga menekankan kepentingan teknologi hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV), sistem sel bahan api, enjin pembakaran hidrogen dan bahan api sintetik (e-fuels).


Daripada kesemua teknologi hijau ini, teknologi HEV Toyota telah mencapai kejayaan terbesar. Model seperti Innova Zenix, Corolla Cross dan Camry generasi kesembilan adalah contoh jelas yang telah membuktikan keberkesanan teknologi ini.
Evolusi Hibrid Generasi Kelima
Teknologi hibrid generasi kelima Toyota, yang diperkenalkan melalui Prius pada tahun 1997, kini semakin cekap, serba boleh dan berkuasa. Sistem ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan motor elektrik (e-motor) untuk menghasilkan sinergi sebenar yang benar-benar berkesan. Video di bawah menerangkan bagaimana sistem ini berfungsi dengan lebih terperinci:
Motor elektrik yang lebih kecil tetapi berkuasa serta bateri yang tahan lama dengan kitaran pengecasan semula yang lebih tinggi menjadi faktor utama kejayaan teknologi HEV Toyota.
Toyota Innova Zenix: Contoh Keberkesanan Teknologi HEV

Diperkenalkan pada Jun 2023, Toyota Innova Zenix 2.0 HEV ditawarkan di pasaran pada harga RM202,000
Kami pernah diberikan peluang untuk menguji sendiri teknologi HEV Toyota yang disediakan di dalam Innova Zenix. Berdasarkan pengalaman ini, walaupun membawa penumpang yang ramai sehingga memenuhi semua tempat duduk dan bagasi yang banyak, tenaga kuasa hibrid model ini masih terserlah.





Dengan enjin petrol 2.0L 4 silinder yang menghasilkan 152 hp dan 188 Nm, serta motor elektrik yang menyumbang 113 hp dan 206 Nm, kuasa dan kecekapan bergabung secara harmoni dan lancar melalui transmisi eCVT.
Yang menariknya, MPV ini mencatatkan penggunaan bahan api serendah 4.6 liter/100 km, cukup baik untuk sebuah MPV keluarga dengan tiga baris tempat duduk. Kecekapan ini datang daripada kebergantungan yang tinggi terhadap sistem elektrik.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa sesebuah kenderaan dengan teknologi HEV Toyota ideal untuk trafik di kawasan bandar dan perjalanan jarak jauh.
Teknologi Mampan Yang Lebih Praktikal






Kemampuan teknologi HEV Toyota ini membuktikan bahawa teknologi separa elektrik boleh menjadi langkah praktikal ke arah mobiliti rendah karbon. Berbeza dengan kenderaan elektrik penuh, teknologi ini tidak memerlukan perubahan besar dalam rutin pemanduan atau gaya hidup seseorang pengguna.
Untuk merasai sendiri kehebatan teknologi hibrid Toyota, kunjungi bilik pameran Toyota berhampiran atau layari Toyota.com.my. Anda juga boleh menghubungi 1-800-8-TOYOTA (869682) untuk maklumat lanjut.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge