Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?
Suhana Veru
1-1-2024
Toyota Innova Zenix 2.0 HEV nampak cukup bergaya.
Semalam tahun 2023 sudah melabuhkan tirainya, namun penulis berkesempatan membawa pulang Toyota Innova Zenix 2.0 HEV untuk diuji.
Sekali pandang, Innova Zenix ini kelihatan sama seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tahukah anda, UMW Toyota Motor (UMWT) meletakkan model baharu ini di bawah barisan model MPV.
Pandangan dari sisi.
Tidak terkecuali jentera ini juga sering kali dirujuk sebagai crossover.
Bahagian lampu.
Namun kenyataan itu agak berasas, kerana penulis sendiri pada mulanya mengganggap ia merupakan SUV.
Sebelum itu, rakan sekerja saya, sudah memaklumkan Su:
“Ini bukan SUV tau tapi MPV,” ujarnya ringkas ketika menyerahkan kuncinya.
Begitupun, ciri-ciri SUV yang ada pada Innova Zenix sebenarnya tidak dinafikan kerana ia menampilkan jarak kelegaan tanah 185 mm serta gayanya yang agak lasak terutama dari segi bamparnya.
Malah, ketinggian tempat duduk jentera ini juga kelihatan agak sama tinggi dengan Proton X70.
Sebelum saya mengulas panjang lebar mengenai pengalaman pandu uji, untuk makluman anda, model ini hadir dengan pilihan dalam dua versi, iaitu petrol dan juga hybrid electric vehicle (HEV).
Toyota Innova Zenix 2.0 V dijual pada harga RM165,000 manakala varian HEV pula berharga RM202,000.
Harga itu termasuk perlindungan waranti perbatuan tanpa had lima tahun manakala untuk 2.0 HEV pula merangkumi liputan waranti perbatuan 8 tahun tanpa had untuk pek bateri hibridnya, Inverter dan unit kawalan pengurusan kuasa.
Biarpun, harganya kedengaran agak mahal namun harga yang diletakkan itu ada sebabnya!
Mungkin ada yang mahu kata baik beli Alphard? Tetapi anda perlu tahu mengenai kehebatan jentera ini terutamanya bab pemanduannya?
Toyota Innova Zenix dilancarkan pada Jun tahun lalu.
Ini pengalaman saya sepanjang memandu versi HEV.
Sebaik melangkah masuk ke bahagian pemandu, saya agak was-was sama ada enjinnya sudah dihidupkan atau tidak?
Apa tidaknya, walaupun sudah menekan butang start, bunyi enjinnya langsung tidak kedengaran.
Sampaikan saya menyuruh salah seorang anak saya turun untuk memastikan sama ada enjin sudah dihidupkan atau tidak.
Rupa-rupanya enjinnya sudah dihidupkan. Ya, enjinnya begitu senyap sehinggakan saya was-was untuk menukar gear kepada D.
PANDU UJI
Sebaik memastikan hal itu, saya mula memandunya ke arah Plaza tol Elite Bandar Saujana Putra, Selangor.
Pertama sekali, apa yang saya mendapati ialah ia tidak terus menyalurkan kuasa bagi membolehkan ia memecut sekali gus tetapi ia memerlukan sedikit masa untuk memecut.
Pendek kata, ada power tapi ambil sedikit masa. Daya kuasanya akan mula meningkat apabila tahap kelajuan semakin meningkat.
Maksud saya, ia bukannya pecut terus sebaliknya dengan kuasa hibrid ia cuma membantu menyampaikan kuasanya dengan lebih cepat.
Bahagian enjin.
Pecut ke tak, itu tidak menjadi masalah besar, lagipun had laju di lebuh raya semuanya 120 kilometer sejam (km/j), jadi apa guna nak bawa kereta laju-laju sampai tercabut nyawa sendiri.
Bak kata slogan iklan keselamatan jalan raya:
“Hati-Hati Memandu, Ingatlah Orang Tersayang!”.
Sudahlah nyawa melayang, dapat pula surat cinta daripada JPJ, PDRM.
Berbalik pada kuasa Innova Zenix, ia sebenarnya cukup bertenaga. Lagipun dengan menggunakan platform TNGA, pemanduannya cukup mantap.
Zenix versi hibrid ini dijana enjin Dynamic Force 2.0 liter dengan output sebanyak 152 PS dan 187 Nm daya kilas yang digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 113 PS dan 206 Nm daya kilas.
Lebih menarik dengan adanya pek bateri 6.5Ahr nikel metal Hidrada (Ni–Mh), ia dilengkapi dengan ciri pengecasan sendiri.
Ini bermakna pemilik tidak perlu mengecas di stesen cas awam, sebaliknya hanya perlu pastikan petrol dalam tangki sentiasa ada.
Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu Toyota Innova ini tampil dengan binaan frem-tangga (ladder-frame) namun ia kini membawa perubahan ketara kerana menggunakan casis monokok berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) GA-C serta peralihan daripada sistem pacuan roda belakang (RWD) kepada sistem pacuan roda depan (FWD).
Innova Zenix disumbat dengan suspensi topang MacPherson di depan dan torsion beam di belakang yang telah ditala
Apapun, pemanduannya cukup sedap berbanding dengan beberapa MPV yang pernah saya pandu untuk sesi pandu uji.
Satu lagi, penukaran gearnya juga agak lancar menjadikan operasi enjin lebih tenang.
Enggan mahu mendedahkan jenama mereka, nyata ada MPV yang saya pernah bawa macam bunyi lori manakala pemanduan pun macam keras.
Saya cukup suka dengan jenama Toyota ini sebab pemanduannya tak menyerabutkan otak, pemanduan senyap, tenang semacam dan apa yang penting tak rasa bawa macam MPV.
Pemanduannya sebenarnya sama seperti kereta-kereta biasa, saya tak rasa langsung macam MPV.
Apabila berada di jalan lurus, ia sudah mula menunjukkan belangnya kerana saya mendapati Innova Zenix ini cukup stabil.
Apa yang penting, ia tidaklah terbuai ketika melalui jalan berselekoh. Bukan apa, ada beberapa model kereta lain yang saya pandu selama ini cukup menggerunkan apabila mereka mudah beroleng di kawasan selekoh menyebabkan saya tersasar dari laluan.
Tapi Innova Zenix lain daripada lain kerana saya langsung tidak berasa gementar ketika melalui selekoh.
Al-maklumlah, mak-mak kenalah berhati sikit sebab bawa anak-anak.
Pendek kata, power jentera ini tidaklah seteruk walaupun pada mulanya dia menunjukkan kelancaran enjin yang sedikit lembap sikit.
Satu lagi, sebagai mak, MPV ini sebenarnya antara kenderaan terbaik buat mereka yang mempunyai keluarga besar.
Boleh jadim jentera ini boleh menjadi "selera" orang kayangan.
CIRI KESELAMATAN
Satu lagi, saya cukup teruja dengan Innova Zenix sebab dia seolah-olah menjaga nyawa saya.
Kenapa saya katakan begini?
Ini kerana Innova Zenix cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan kerana dilengkapi dengan sistem ADAS yang merangkumi suite Toyota Safety Sense (TSS) 3.0.
Menyentuh mengenai sistem TSS 3.0, ia rupa-rupanya menawarkan ciri keselamatan tambahan seperti Pre-Collision Brake Assist, Intersection Collision Avoidance Support, Emergency Steering Assist dan juga Road Sign Assist.
Nampaknya, sistem TSS 3.0 boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan dengan mengenakan lebih banyak kuasa membrek selepas brek kali pertama diaktifkan.
Paparan infotainmen bersaiz 10.1 inci.
Jadi, ia boleh mengurangkan risiko kemalangan di persimpangan jalan selain membantu mengelakkan halangan atau objek dan membaca amaran di papan tanda.
Apa yang cukup menarik ialah ia dikuasakan dengan penderia optik dan radar baharu yang sudah dinaik taraf.
Dengan adanya ciri ini, ia membolehkan Innova Zenix menampilkan rangkaian bantuan pemandu yang memberikan kebolehan pemanduan separa autonomi Tahap 2.
Antara ciri keselamatan yanga ada.
Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Bantuan Pengesan Lorong (LTA), Amaran Pra-Perlanggaran (PCW), Bantuan Brek Pra-Perlanggaran (PCBA), elak langgar simpang, Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
Ada kamera depan dan belakang.
Selain itu ada ciri keselamatan tambahan yang turut hadir seperti peninjau pandangan panoramik 360-darjah 3D, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan perakam video digital menghadap ke hadapan (DVR atau Dashcam).
Tidak ketinggalan 6 beg udara , ISOFIX, Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)dan Kawalan Bantu Mula-Bukit (HAC).
TPMS.
Melihat kepada senarai ciri keselamatan, itulah sebabnya saya mengatakan ia cukup menjaga nyawa si pemandu dan semua penumpangnya.
KABIN
Selain mengenai pandu uji dan ciri keselamatan, bahagian dalamannya agak berbeza dengan model V biasa.
Jika anda mahu mengenai perbezaan antara model V biasa dengan model hibrid adalah beberapa perkara.
Ada kerusi kapten.
Pertama, tempat duduk barisan kedua: versi HEV hadir dengan kerusi kapten yang terpisah berbanding kerusi panjang biasa.
Selain itu, HEV mempunyai bumbung panoramik kaca yang luas namun tiada bagi versi petrol biasa.
Bukan itu sahaja, versi HEV ada pertambahan mod pemanduan dimana terdapat empat mod: Normal, Power, Eco, EV manakala versi petrol hanya ada dua: Normal dan Eco.
Susun atur butang nampak kemas.
Bagi saya susun atur di bahagian papan pemukanya agak kemas kerana bahagian papan pemukanay dihiasi dengan material kulit.
Kedudukan corong-corong penghawa dingin juga kelihatan agak kemas manakala bagi paparan di hadapan pemandu, ada bahagian digital dan analog.
Apa yang menarik ialah di bahagian tengah skrinnya kerana ia disepadukan bagi menampakkan rekaannya kelihatan tidak begitu terasing. Paparan skrinnya juga hadir dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar, dan sambungan Android Auto dengan wayar.
Sementara itu, paparan panel instrumen untuk pemandu pula bersaiz tujuh-inci dengan warna penuh untuk memudahkan pemandu melihat paparan info pemanduan yang ada.
Perkara-perkara lain yang saya nak sentuh ialah mengenai butang-butang yang ada pada tombol gear, ia disusun dengan begitu teratur membuatkan ia kelihatan lagi kemas.
Ruang but cukup luas.
Menyentuh mengenai kerusi belakangnya, kesemua bahagian tempat duduknya dibaluti dengan matrial kulit.
Bagi membezakan varian hibrid dan petrol, versi hibrid ada kerusi kapten bersama pemegang cawan manakala versi petrol cuma ada barisan tempat duduk yang memanjang.
Bagi bahagaian kerusi kapten, ruang kepala dan kakinya cukup selesa.
Apa yang tak bestnya mengenai kerusi Innova Zenix ialah ia perlu dilaraskan secara manual kerana malangnya ia tidak mempunyai sebarang butang sentuh untuk melaraskan kerusinya secara automatik.
Ini bermakna orang yang berada dari kereta ini perlu melaraskan kerusinya dari luar. Perkara ini membuatkan agak leceh dan nampak sedikit ketinggalan.
Bahagian tempat duduk belakang.
Keadaan akan bertambah kecoh sekiranya anak-anak kecil yang berada di barisan tempat duduk terakhir tidak sabar keluar dari kereta
Menyentuh mengenai papan pemukanya, ia kelihatan elegan dan kebanyakannya tempatnya diperbuat daripada material lembut.
Selain itu, bahagian hadapannya tampil elegan kerana dilengkapi dengan skrin sentuh di tengah bersaiz 10.1-inci untuk kawalan infotainmen.
Apa yang saya suka sangat ialah lampu kabinnya, ia cukup meriah tapi tidaklah seperti lampu ambien kereta Mercedes-Benz atau kedai-kedai masakan panas.
Ada lampu ambien dan bumbung panaromik.
Cuma bagi barisan tempat duduk terakhir, ia kelihatan kurang sesuai bagi orang dewasa yang bertubuh gempal namun jika kanak-kanak yang duduk, ia mungkin tidak menjadi satu masalah besar.
Ruang but.
Bagi ruang but pula, jika kerusi terakhir direbahkan, ia menawarkan keluasan 239 liter dan jika kerusi barisan kedua dan ketiga direbahkan, kapasiti keluasannya mencecah kepada 991 liter.
HARGA KERAS
Apapun, penulis mengakui di sebalik kelebihan jentera ini, harga MPV ini tidak dinafikan agak mahal.
Toyota Innova lama (kiri).
Bagaimanapun, UMW Toyoto Motor mengesahkan Innova lama masih wujud di pasaran semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berterusan.
Bahagian hadapan.
Ini bermakna kedua-dua model lama berasaskan IMV dan pengganti berasaskan TNGA baharunya dijual secara serentak.
Lagipun, Malaysia bukanlah satu-satunya pasaran yang menyaksikan kedua-dua model Innova lama dan baharu dijual serentak .
Bahagian belakang.
Innova yang dibina berdasarkan IMV ini dijual pada harga RM133,880 (2.0 G) dan RM141,880 (2.0 X).
Bagi Innova versi import sepenuhnya (CBU) ini agak mahal. Tapi anda kena tahu penawaran Innova baharu ini cukup premium.
Tapi apa pula pendapat anda mengenai penawaran harga Innova Zenix 2023 ini berbaloi atau tidak?
Kongsikan pendapat anda!
SPESIFIKASI
TOYOTA INNOVA ZENIX 2.0 HEV
ENJIN |
Petrol 2.0-liter Atkinson Cycle 4-silinder dengan suntikan terus.
HEV: 1x Hybrid electrik motor dengan |
TRENKUASA |
eCVT automatik, pacuan roda depan (FWD) |
KUASA |
ICE: 152 HP @ 6,200 RPM HEV: 113 HP |
TORK |
ICE: 188 NM @ 4,400 RPM HEV: 206 NM |
0-100 KM/J |
N/A |
V-MAKS |
N/A |
PENJIMATAN BAHAN API |
7.4 liter/100 KM 4.6 liter/100 KM (claimed, combined) |
BERAT |
1,685 KG |
HARGA |
RM202,000 |
Gallery































Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2360
SELANGOR
BSE4702
JOHOR
JXW5570
PULAU PINANG
PRQ3725
PERAK
ANV3808
PAHANG
CFB6721
KEDAH
KGA4299
NEGERI SEMBILAN
NEF7286
KOTA KINABALU
SJK7524
KUCHING
QAB3146L
Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana
Pada bulan lepas, penulis diberi kesempatan untuk menguji keupayaan Toyota GR86.
01-03-2024
PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?
Tunggu pengumuman rasmi UMWT, pada Isnin ini.
26-08-2023
Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak
Peraduan Toyota Dream Art terbuka kepada semua kanak-kanak di Malaysia.
01-11-2022
Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda
Program Pembangunan Pelumba Muda yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing sejak dua tahun lalu kini menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan.
25-07-2022
Yang Ditunggu-Tunggu, Akhirnya SAMPAI!!!
UMW Toyota Motor baru sahaja melancarkan Toyota Innova Zenix.
21-06-2023
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat