Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Pengimport dan pengedar sah Audi. PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan SUV mewah Audi Q7, versi pemasangan tempatan, pada tahun ini.
Perkara itu disahkan Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev, dalam majlis makan tengah hari bersama media, sebentar tadi.
“Kami sudah bersedia untuk memperkenalkan Audi Q7 di Malaysia tidak lama lagi, dan ia akan menjadi produk Audi pertama yang dipasang secara tempatan di luar Eropah,” dan juga yang pertama dalam Asia Tenggara,” katanya.


Beliau turut mengesahkan bahawa model Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV), dan PHSAM telah memilih untuk menawarkan satu varian tertinggi sahaja untuk pasaran tempatan.
"Kami akan mendedahkan lebih banyak butiran lanjut pada bulan depan sebelum pelancaran model," ujarnya.
Bagaimanapun, Bostandzhiev tidak dapat mengesahkan tarikh pelancaran sebenar namun menjangkakan ia akan dilancarkan pada April nanti.


Kehadiran Audi Q7 CKD akan menjadi produk berplatform MLB Evo keempat yang ditempatkan di Malaysia selepas VW Touareg, Porsche Cayenne dan Cayenne S E-hibrid Coupe PHEV yang dibina di Kulim, Kedah.
Untuk makluman, Audi Q7 generasi kedua pertama kali muncul pada tahun 2015 sebelum menjalani dua kali penambahbaikan pada tahun 2020 dan 2024.

Audi Q7 yang pertama hanya menerima perubahan estetik dan mekanikal, manakala yang kedua menyaksikan sedikit perubahan reka bentuk kerana dipasang dengan lampu LED matriks baharu di hadapan dan belakang.
Berdasarkan perincian yang diberikan, jQ7 yang dibina di Pekan, Pahang itu akan disumbat dengan enjin 3.0 liter 6-silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 340 hp dan 450 Nm.
Enjinnya yang digandingkan dengan pacuan semua roda (AWD) dan transmisi Tiptronic 8-kelajuan, sekali gus membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5.6 saat.
Malah, Bostandzhiev turut mengesahkan bahawa model itu hadir dengan tiga barisan tempat duduk serta dilengkapi dengan sistem rear-wheel steering (RWS).
Beliau turut memberi bayangan bahawa Audi Q7 CKD akan hadir dengan tanda harga yang cukup menarik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6450
SELANGOR
BSQ8431
JOHOR
JYY7432
PULAU PINANG
PSD1286
PERAK
APJ2480
PAHANG
CFG7902
KEDAH
KGG5204
NEGERI SEMBILAN
NEK6624
KOTA KINABALU
SJS4302
KUCHING
QAB115P
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.
12-08-2025
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif
Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.
17-06-2025
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas
Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.
15-05-2025
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K
Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.
10-04-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan
Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.
05-02-2025
Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini
Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi.
28-06-2024
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat