GWM Perkenal Jenama Mewah Baharu, Confidence Auto, Ini Rancangannya...

Great Wall Motor (GWM) memperkenalkan jenama mewah terbaru mereka, Confidence Auto. Jenama ini dilaporkan akan diposisikan lebih tinggi berbanding jenama sedia ada GWM seperti Haval, Tank, Wey dan Ora, dengan tumpuan kepada pembangunan kenderaan tenaga baharu (NEV).
Misi GWM: Menghasilkan Kenderaan Mewah Bertaraf Tinggi
Khabar angin mengenai jenama mewah GWM sebenarnya telah lama berlegar, dengan pendaftaran jenama ini dilakukan sejak Mei 2022. Berdasarkan info pengenalan rasminya, matlamat utama Confidence Auto adalah untuk menghasilkan kenderaan bertaraf "tertinggi" dalam industri automotif.


Untuk memastikan ia mampu bersaing dengan jenama mewah lain di China, GWM memberi bayangan bahawa Confidence Auto bakal hadir dengan pelbagai model termasuk sedan mewah dan juga sebuah supercar. Kesemua model ini akan dihasilkan dalam jumlah terhad, dan memandangkan GWM telah memiliki pelbagai teknologi NEV, ada kemungkinan besar teknologi tersebut akan digunakan dalam kenderaan Confidence Auto.
Enjin V8 Turbo Hibrid Dalam Perancangan?


CarNewsChina melaporkan bahawa salah satu modelnya bakal menggunakan enjin 4.0L V8 turbo yang dipadankan dengan sistem hibrid. Walaupun butiran terperinci mengenai perkara ini masih dirahsiakan, model ini dijangkakan mampu menghasilkan kuasa yang tinggi, setanding dengan model mewah dari BYD YangWang dan Hongqi.
Baca: YDPA Sultan Ibrahim Pemilik Hongqi L5 Pertama Di Dunia
Bukan Percubaan Pertama GWM Dalam Segmen Mewah


Ini bukan kali pertama GWM menceburi dunia automotif mewah. Sebelum ini, jenama Tank dan Wey juga dianggap sebagai jenama premium dalam portfolio GWM.
Selain itu, GWM juga pernah memiliki jenama EV mewah, Saloon Auto, dengan satu-satunya model yang sempat dilancarkan ialah Mecha Dragon EV, yang merupakan model edisi terhad.
Pelancaran Dijangka Pertengahan Tahun Ini
Model pertama Confidence Auto dijangka akan diperkenalkan sekitar April atau Mei tahun ini, dengan jualan dijadualkan bermula menjelang hujung tahun.
Namun, masih belum ada sebarang pengesahan sama ada GWM akan membawa jenama ini ke pasaran antarabangsa atau kekal eksklusif untuk pasaran domestik China.
Baca: GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat