ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Adidas Perkenal Koleksi Eksklusif Mercedes-AMG Petronas F1 Team – Kini di Pasaran

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Adidas-Showcase-CCB-Autohaus-Mutiara-Damansara.jpg


Koleksi Adidas Mercedes-AMG Petronas F1 ditayangkan semasa acara tontonan khas perlumbaan di Cycle & Carriage Mercedes-Benz Autohaus Mutiara Damansara


Mercedes-AMG Petronas F1 Team mengumumkan Adidas sebagai rakan rasmi pasukan bagi musim 2025 dan seterusnya. Kerjasama ini menyaksikan jenama sukan terkemuka dunia menghasilkan pakaian perlumbaan pemandu, pakaian rasmi pasukan, serta koleksi pakaian peminat (fanwear). 


Pelancaran Koleksi di Malaysia


web_adidas-x-Mercedes-AMG-Petronas-F1-1.jpgweb_adidas-x-Mercedes-AMG-Petronas-F1-2.jpg


Sebagai rakan rasmi baharu, Adidas kini bertanggungjawab menghasilkan rekaan pakaian pemandu, pasukan, dan pakaian rasmi peminat untuk Mercedes-AMG Petronas F1 Team


Koleksi pakaian peminat ini telah dipertontonkan kepada umum di Malaysia menerusi satu acara khas tontonan perlumbaan secara langsung di Cycle & Carriage Mercedes-Benz Autohaus Mutiara Damansara hujung minggu lalu. Acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran nama-nama besar dalam dunia permotoran, selebriti, dan pempengaruh media sosial tempatan. 


“Koleksi ini merupakan hasil dedikasi dan kerja keras pasukan kreatif kami dalam mencipta rekaan yang bukan sahaja meningkatkan prestasi pasukan dalam setiap aspek, tetapi juga memberikan sesuatu yang boleh dipakai dengan penuh kebanggaan oleh peminat, sama ada di trek perlumbaan atau dalam kehidupan seharian,” jelas Ketua Produk Adidas, Bianca Mast.


Rekaan Ikonik dengan Sentuhan Warna Teal Mercedes-AMG Petronas F1 Team


adiracer.jpgferoza.jpgsupernova.jpgUltraboost.jpg


Dari kiri atas: adiracer, Feroza
Dari kiri bawah:  Ultraboost 5, Supernova


Koleksi ini menampilkan kombinasi warna utama hitam, putih dan rona teal ikonik Mercedes-AMG Petronas F1 Team. Menjadi tumpuan utama adalah koleksi kasut edisi khas yang merangkumi kasut prestasi dan gaya hidup, termasuk model ikonik seperti Ultraboost 5, Supernova, adiracer dan Feroza.


Selain koleksi kasut ekslusif, turut dilancarkan ialah pakaian teknikal, aksesori gaya hidup, serta pelbagai topi dan penutup kepala. Menariknya, koleksi ini direka untuk pelbagai peringkat umur, merangkumi kategori Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak (Youth), dengan harga bermula daripada RM109 hingga RM829.


Gabungan Streetwear dan Permotoran


web_adidas-x-Mercedes-AMG-Petronas-F1-3.jpgweb_adidas-x-Mercedes-AMG-Petronas-F1-4.jpgweb_adidas-x-Mercedes-AMG-Petronas-F1-5.jpg


Adidas turut menekankan bahawa koleksi ini menggabungkan pengaruh fesyen jalanan (streetwear) dengan dunia sukan permotoran, yang jelas dapat dilihat melalui penawaran pelbagai pilihan pakaian untuk kegunaan harian, hoodie dan t-shirt kasual. Selain itu, Adidas turut mengesahkan bahawa pakaian peminat yang khas untuk pemandu akan dilancarkan kemudian tahun ini.


Koleksi Kini Boleh Didapati di Malaysia


Bagi peminat F1 yang ingin mendapatkan pakaian dan kasut eksklusif dengan livery Petronas yang ikonik, koleksi Adidas Mercedes-AMG Petronas F1 Team kini boleh didapati secara rasmi di butik Adidas terpilih di seluruh negara, serta dalam talian menerusi laman web rasmi adidas.com.my/motorsport.

Baca: Lewis Hamilton Tinggalkan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas Untuk Ferrari

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQP2370

SELANGOR

BSM9662

JOHOR

JYS5705

PULAU PINANG

PSA3142

PERAK

APF6906

PAHANG

CFF5983

KEDAH

KGE6158

NEGERI SEMBILAN

NEJ6799

KOTA KINABALU

SJQ6358

KUCHING

QAB3739N

Terakhir Kemas Kini 07 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Terkini

Gaya Hidup
“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.

04-03-2026
Gaya Hidup
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Gaya Hidup
BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Gaya Hidup
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Gaya Hidup
Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.

24-11-2025
Gaya Hidup
Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go.

15-10-2025
Gaya Hidup
Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Pengalaman menelusuri Lebuhraya Karakoram antara salah satu jalan paling berbahaya di dunia dan dianggap salah satu keajaiban dunia kerana kesukaran untuk membina jalan ini daripada China ke Pakistan.

25-09-2025
Gaya Hidup
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan  Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.

17-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.