ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kenderaan Naik 24.8% Februari 2025 – Makin Ramai Beli xEV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-(6)d.jpg


Portal data terbuka rasmi kerajaan Malaysia, data.gov.my mendedahkan bahawa terdapat peningkatan jumlah pendaftaran kenderaan di Malaysia pada bulan Februari 2025. Sejumlah 67,327 unit kenderaan didaftarkan pada bulan tersebut atau peningkatan sebanyak 24.8% berbanding 53,930 unit pada Januari.


Kenderaan Petrol Kekal Popular, EV Terus Meningkat


Data tersebut menunjukkan bahawa kenderaan petrol kekal menguasai pasaran dengan lonjakan sebanyak 27.1% iaitu daripada 47,093 unit pada Januari kepada 59,868 unit pada Februari.


Pendaftaran kenderaan diesel, termasuk diesel hijau, meningkat sebanyak 10% iaitu daripada 2,897 unit kepada 3,187 unit.


Sementara itu, kenderaan hibrid petrol mencatat sedikit penurunan sebanyak 6.1%, daripada 2,249 unit kepada 2,112 unit. 


Sebaliknya, kenderaan elektrik (EV) menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 27.7%, peningkatan daripada 1,691 kepada 2,160 unit dalam tempoh dua bulan.


Perodua Bezza Catat Peningkatan Tertinggi


web_Perodua-Bezza-Hero.jpg


Dalam segmen petrol, Perodua Bezza direkodkan sebagai model paling laris, melonjak sebanyak 90.2% daripada 5,106 unit pada Januari kepada 9,712 unit pada Februari.


Petrol.jpg


Model lain turut mencatatkan pertumbuhan jualan bagi bulan Februari, yang mana Perodua Myvi mencapai 7,126 unit (+59.6%), Perodua Axia 7,096 unit (stabil), Proton Saga 5,012 unit (+12.4%) dan Perodua Alza 3,801 unit (+18.3%). 


Toyota Hilux Masih Terajui Segmen Diesel


Screenshot-2025-03-11-090030.jpg


Bagi kenderaan diesel, Toyota Hilux kekal mendominasi dengan 1,677 unit terjual pada Februari, meningkat 29.6% berbanding bulan sebelumnya. Ini diikuti oleh Isuzu D-Max sebanyak 488 unit (-2.6%), Mitsubishi Triton 279 unit (6%) dan Ford Ranger  231 unit (-36.5%). 


EV Semakin Diminati Ramai, Proton e.MAS 7 Terlaris


EV.jpg


Peningkatan ketara juga dapat dilihat dalam kategori EV, di mana Proton e.MAS 7 mencatatkan 580 unit pendaftaran, meningkat sebanyak 37.8% berbanding bulan Januari.


Model EV lain yang semakin laris di Malaysia sepanjang bulan lalu berbanding Januari ialah BYD Sealion sebanyak 387 unit (+156.3%) dan Tesla Model 3 yang terjual sebanyak 377 unit walaupun baru memasuki pasaran dalam bulan yang sama. 


Beberapa model EV bagaimanapun kurang menerima sambutan dengan prestasi jualan yang lebih rendah berbanding Januari iaitu BYD M6 yang turun 11.8% dan XPeng G6 yang menurun sebanyak 8.6%.


Toyota Corolla Cross Kekal Raja Hibrid

Screenshot-2025-03-11-085957.jpg


Dalam segmen hibrid petrol, Toyota Corolla Cross terus mendahului, dengan jualan sebanyak 655 unit pada Februari, mengekalkan angka sama seperti bulan sebelumnya.


Dua model lain yang menunjukkan peningkatan jualan ialah Honda CR-V, pertambahan sebanyak 19.7% dan Honda HR-V dengan peningkatan 31%.,


Sementara itu, jualan Haval H6 pula merundum sebanyak 43.6% kepada hanya 194 unit, manakala Nissan Kicks menurun 23.1%.


Unjuran Pasaran 2025


Perodua-Alza-AV-rolling-full-full_normal.jpg


Melihat ke hadapan, kenderaan berenjin petrol dijangka kekal sebagai pilihan utama pembeli, namun dalam masa yang sama, trend menunjukkan bahawa model EV dan hibrid semakin berjaya menarik perhatian orang ramai. 


social_CariCarz_Tesla-Model-Y-Malaysia-Launch_-12.jpg


Namun, beberapa faktor boleh mempengaruhi pasaran:

  • Tamatnya insentif cukai EV – Ini mungkin menyebabkan lonjakan jualan dalam jangka pendek sebelum insentif berakhir.
  • Keraguan pelaburan EV pemasangan tempatan (CKD) – Pengeluar masih ragu-ragu untuk melabur dalam pemasangan tempatan tanpa polisi jangka panjang yang lebih jelas.
  • Pengenalan duti eksais nilai pasaran terbuka (OMV) pada 2026 – Jika dilaksanakan, harga kenderaan CKD boleh meningkat 10-30%, mengurangkan jurang harga antara model CKD dan model import (CBU), secara tidak langsung menjadikan model CKD kurang menarik.

Tahun 2025 dijangka menjadi titik perubahan penting dalam landskap automotif Malaysia, dengan pasaran petrol, hibrid dan EV bersaing untuk menguasai jalan raya tempatan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

23-04-2026
EV

05-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.