Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi
-full.jpg)
Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.
Model elektrik (EV) Renault 5 Turbo yang membuat kemunculan pertamanya pada tahun 1980 ini bakal dihidupkan kembali sebagai sebuah jentera dalam segmennya yang tersendiri, supercar mini elektrik.
Reka Bentuk Radikal Dikekalkan
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Dari segi reka bentuk, Renault 5 Turbo 3E versi pengeluaran hampir tidak berubah daripada konsep asalnya, kecuali penambahan logo RS pada tiang B. Model ini masih mengekalkan rupa yang lebar dan rendah dengan dua pintu dan dua tempat duduk, diinspirasikan daripada EV Renault 5.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,080 mm panjang, 2,030 mm lebar, 1,380 mm tinggi, dengan jarak roda 2,570 mm. Berat keseluruhan pula hanyalah sekitar 1,450 kg kerana banyak menggunakan gentian karbon yang ringan.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Prestasi Luar Biasa: 533 HP dan 4,800 Nm
Renault 5 Turbo 3E dibangunkan dengan binaan elektrikal 800V yang menampilkan pek bateri 70 kWj serta sistem dua motor elektrik dan pacuan semua roda (AWD).
-full.jpg)
Sistem trenkuasa ini menghasilkan kuasa 533 hp dan tork 4,800 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum mencecah 270 km/j.
-full.jpg)
Dari segi jarak perjalanan, Renault mendakwa model ini mampu mencapai sehingga 400 km berdasarkan kitaran WLTP. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecas AC 11 kW serta pengecas pantas DC 350 kW, membolehkan bateri dicas dari 15% ke 80% dalam hanya 15 minit.
Elemen Retro-Moden di Ruang Kabin
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Memasuki ruang kabinnya, Renault 5 Turbo 3E tampil sporty dengan sepasang kerusi bucket Alcantara dengan tali pinggang keledar enam titik, papan pemuka yang dihiasi dengan fabrik tartan buatan tangan, serta penggunaan bahan gentian karbon bagi mengurangkan berat.
Selain itu, model ini turut mengekalkan paparan instrumen digital 10.1 inci dan skrin infotainmen 10.25 inci yang diambil daripada Renault 5 E-Tech, tetapi dengan sentuhan grafik yang diinspirasikan daripada era 1980-an. Keunikan lain yang mencuri perhatian ialah kerusi pemandu yang diberikan warna berbeza.
Edisi Terhad: Hanya 1,980 Unit
-full.jpg)
Seperti model asalnya yang dilahirkan untuk perlumbaan rali, Renault 5 Turbo 3E juga akan dikeluarkan dalam jumlah terhad, hanya 1,980 unit, merujuk kepada angka tahun pelancaran model ikonik ini buat pertama kali.
Tempahan dijangka dibuka dalam beberapa minggu akan datang, termasuk untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Jepun dan Australia. Walaupun harga rasmi masih belum diumumkan, ia dijangka berada dalam lingkungan harga enam angka di pasaran Eropah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS8301
SELANGOR
BSN8912
JOHOR
JYU2969
PULAU PINANG
PSB2072
PERAK
APG4397
PAHANG
CFG1289
KEDAH
KGF1476
NEGERI SEMBILAN
NEJ9534
KOTA KINABALU
SJR2458
KUCHING
QAB5128N
Terakhir Kemas Kini 09 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.
17-06-2025
Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.
06-04-2025
Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh
Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.
03-02-2025
Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo
Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.
14-07-2023
Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...
Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.
27-09-2022
Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K
Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.
15-08-2022
Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110
Alpine A110 ditayangkan dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.
24-08-2021
Berita Terkini
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar
MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.
08-04-2026
Kuota BUDI95 200 Liter: Masa Untuk Tukar EV
Adakah sekarang masa untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV) kerana EV bukan lagi sekadar gaya hidup, tetapi strategi survival.
07-04-2026
Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham
JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan.
07-04-2026
Nahas Berantai SUV Terbakar
Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.
07-04-2026
Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu
Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.
06-04-2026
Boleh Ke Guna MyKad Ahli Keluarga Beli RON95 Bersubsidi
Setiap warga negara dikehendaki menyimpan MyKad masing-masing dan tidak boleh diserahkan kepada orang lain.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat