ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Auto Shanghai 2025: Mazda EZ-60 Didedah, Mungkin Masuk Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mazda secara rasminya memperkenalkan SUV elektriknya, EZ-60 pada pameran Auto Shanghai 2025 yang sudah pun membuka tirainya pada pagi tadi.

Selain sarat dengan teknologi canggih, ia juga tampil dengan gaya luaran yang cukup memukai selain hadir dengan dua  varian iaitu model elektrik bateri (BEV) dan juga model hibrid plug-in (PHEV).

Mazda EZ-60 mengambil inspirasi rekaan daripada konsep Mazda Arata yang pernah ditampilkan sebelum ini. Ia hadir dalam bentuk badan crossover yang rendah, dalam masa yang sama mengekalkan bahasa rekaan Kodo yang sinonim dengan jenama Mazda.

image.png

Dari segi dimensi, ia berukuran  4,850 mm panjang, lebar 1,935 mm, tinggi 1,620 mm manakala jarak roda pula 2,902 mm.

Mazda EZ-60 dilihat mempunyai profil aerodinamik seperti coupe kerana  diserlahkan dengan  bumbung terapung hitam dan kemasan cat dwi-ton yang membuatkan ia tampil dengan ydan cukup moden.

Menjengah bahagian kabinnya,  EZ-60 dilihat menayangkan kabin pertama digital yang didominasi oleh paparan ultra lebar 26.45 inci 5K, ada kawalan iklim, manakala penumpang belakang mendapat skrin  mereka sendiri untuk keselesaan tambahan. Antara kelengkapan lain ialah sistem audio Dolby Atmos 23 speaker.

Walaupun saiznya yang sederhana, , EZ-60 menawarkan ruang kargo seluas 350 liter ruang namun boleh dibesarkan  kepada 2,036 liter dengan merebahkan kerusi belakang.

image.png

Versi BEV juga hadir dengan ruang kargo depan (frunk)  126 liter dan terdapat lebih  20 ruang penyimpanan yang cukup praktikal.

Ia juga cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti  sembilan beg udara, ada penambahan sistem bantuan pemandu bertaraf Tahap 2 yang disokong oleh liputan sensor 360 darjah. 

image.pngimage.png

Sistem perlindungan bateri EV, dibangunkan dengan CATL dan CALB, termasuk lapan lapisan keselamatan dan dibina melebihi peraturan 2026.

Setakat ini, spesifikasi trenkuasa masih belum diumumkan, namun laporan daripada CarNewsChina mendedahkan bahawa, Mazda EZ-60 akan menggunakan sistem BEV yang sama seperti Deepal S07.

Jika benar, pengguna boleh memilih antara dua varian motor tunggal pacuan roda belakang (RWD), satu dengan output 215 hp (160 kW) dan satu lagi mencecah 255 hp (190 kW). 

image.pngimage.png

Difahamkan, versi BEV, EZ-60 dijangka mampu mencapai sekitar 600 kilometer (km) manakala EZ-60 PHEV pula dijangka mampu melakukan perjalanan melebihi 1,000 km dengan menggunakan satu tangki bahan api yang penuh.

Apapun, model ini dikatakan akan memasuki pasaran global dan adakah ia akan dibawa masuk ke Malaysia? Boleh jadi ia akan turut dibawa ke Malaysia. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG6213

SELANGOR

BSR7046

JOHOR

JA4988J

PULAU PINANG

PSD9306

PERAK

APJ9542

PAHANG

CFH2047

KEDAH

KGH1709

NEGERI SEMBILAN

NEK9641

KOTA KINABALU

SJT1521

KUCHING

QAB2241P

Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-02-2026
Global

29-01-2026
EV

12-01-2026
Global

29-10-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Global

30-09-2025
Pandu Uji

07-09-2025

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.