ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Ford Ranger Super Duty Diperkenalkan – Tundaan Cecah 4,500 KG, Tangki 130L!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ford-Ranger-SuperDuty-AU-11.jpg


Ford Ranger Super Duty sebuah jentera paling 'ekstrem' pernah dihasilkan Ford setakat ini


Ford Australia baru sahaja memperkenalkan model pikap paling ekstrem setakat ini yang dibangunkan dengan kemampuan untuk melakukan tugasan berat, Ford Ranger Super Duty. 


Versi ‘ganas’ ini tampil dengan pelbagai penambahbaikan berbanding model Ranger biasa, termasuk keupayaan tundaan sehingga 4,500 kilogram atau 1,000 kilogram lebih tinggi berbanding Ranger Wildtrak.


Enjin V6 Turbo Diesel & Gear 10 Kelajuan


Ford-Ranger-SuperDuty-AU-4.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-10.jpg


Nadi utama Ranger Super Duty ialah enjin V6 turbo diesel 3.0 liter, enjin yang sama digunakan dalam beberapa varian Ranger lain di Australia. Namun kali ini ia telah diberikan talaan semula bagi memenuhi piawaian emisi untuk tujuan tugasan berat. Walaupun angka kuasa yang terperinci belum diumumkan, Ford mengesahkan enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.


Untuk menampung kapasiti tunda tambahan, casis Ranger Super Duty telah diperkukuhkan. Ia juga dilengkapi dengan komponen pembeza (differential) depan dan belakang serta tangki bahan api 130 liter, membolehkan jentera bergerak lebih jauh dengan satu tangki penuh, sesuai untuk tugasan luar bandar atau jangka panjang.


Sedia Tempuhi Pelbagai Cabaran Perjalanan


Ford-Ranger-SuperDuty-AU-19.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-14.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-15.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-20.jpg


Ranger Super Duty tampil dengan ketinggian dan jarak roda lebih lebar berbanding Ranger standard melalui penggunaan fender yang lebar. Antara kelengkapan lain termasuk bambar depan keluli berbingkai, lengkap dengan titik pemasangan untuk lampu tambahan, pelindung bawah badan (bash plate), snorkel khas untuk keupayaan redah air lebih baik.


Ford-Ranger-SuperDuty-AU-17.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-18.jpg


Dari tepi, model ini didatangkan standard dengan tayar lasak all-terrain, General Grabber 33 inci dengan pilihan rim berbeza bergantung kepada varian. Selain itu, pada beberapa bahagian badan terdapat logo Super Duty.


Bahagian Dalam Kekal Praktikal, Dengan Ciri Tambahan


Ford-Ranger-SuperDuty-AU-22.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-23.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-24.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-25.jpg


Di bahagian kabin, susun atur kekal seperti Ranger standard, namun disertakan dengan pelbagai ciri tambahan. Antara kelengkapan yang ditawarkan ialah skrin infotainmen 12 inci dalam kedudukan potret, kluster meter digital penuh, sistem pemegang peranti atau Integrated Device Mounting (tambahan), suis tambahan untuk aksesori dan sebagainya. 


Ditawarkan Dalam Pelbagai Bentuk Badan


Ford-Ranger-SuperDuty-AU-8.jpgFord-Ranger-SuperDuty-AU-9.jpg


Menyedari keperluan berbeza pengguna, Ford menawarkan Ranger Super Duty dalam beberapa pilihan badan iaitu Single Cab Chassis, Super Cab Chassis, Double Cab Chassis dan Double Cab penuh.


Menariknya, pembangunan model ini turut mendapat input daripada pengurus armada, perkhidmatan swasta dan lebih 50 syarikat di Australia, menjadikan Ranger Super Duty benar-benar dibina berdasarkan keperluan dunia sebenar.


Eksklusif untuk Pasaran Australia Buat Masa Ini


Ford-Ranger-SuperDuty-AU-7.jpg


Buat masa ini, Ford Ranger Super Duty hanya akan dijual di Australia, dan pelancarannya dijadualkan bermula akhir tahun 2026. Walaupun harga masih belum diumumkan, maklumat lanjut dijangka dikongsi menjelang tarikh pelancarannya kelak.


Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my


Baca: Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

07-04-2025
Global

07-04-2025
Global

07-04-2025
Global

26-08-2024
Global

27-03-2023
Global

24-02-2023
Global

30-11-2022

Berita Terkini

Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.