ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Suhana Veru

5 hours ago

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-05-14-at-20.32.59.jpeg

Penulis berpeluang memandu uji Proton X70 2025 1.5 TGDi Premium X baru-baru ini. Nyata sebagai pemilik Proton X70 1.8 Premium 2WD versi import sepenuhnya (CBU) keluaran tahun 2019, saya tidak dapat menafikan Proton X70 2025 ini bukan lagi kereta "abah-abah"

Sebaik diberi peluang unit pandu uji, penulis agak geram untuk tugasan kali ini, manakan tidak saya menerima Proton X70 serba canggih, moden dan yang penting penampilannya bukan lagi tua sebaliknya lebih muda, bertenaga dan lebih segar!

Bagi mengetahui keupayaan model terbaharu Proton ini, saya memandu uji jentera ini hingga ke Bandaraya Melaka dan kemudian berpatah balik ke Putra Heights, Subang Jaya.

WhatsApp-Image-2025-05-14-at-20.29.50.jpegWhatsApp-Image-2025-05-14-at-20.29.49.jpeg

Namun anda mungkin tertanya-tanya apa pendapat saya mengenai Proton X70 2025 berbanding Proton X70 2019?

Ini jawapan saya!

Sebaik menerima unit pandu uji ini, saya terus merakamkan video ringkas antara Proton X70 baharu dan versi lama.

Berikut adalah video:



LEBIH MUDA

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-8.jpg

Antara perbezaan paling ketara adalah di bahagian grilnya kerana kali ini, ia hadir dengan  elemen corak songket yang mengelilingi logo Proton serta diapit dengan lampu hadapan trapezoid baharu yang terdiri daripada 47 unit LED.

Ini kerana versi X70 lama sememangnya nampak cukup berusia berbanding dengan versi yang baharu memandangkan ia kini hadir dengan lampu depan jenis lebih nipis, bersegi.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-9.jpgsocial_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-4.jpg

Untuk itu, versi baharu ini kelihatan lebih tampan, moden dan premium jika dibandingkan dengan versi lama. Malah, lampu nyalaan siang hari untuk X70 2025 adalah di bahagian bawah lampu depan manakala jika dibandingkan dengan X70 2019, lampu nyalaan pula berada di atas.


WhatsApp-Image-2025-05-14-at-21.53.04.jpeg

Lampu nyalaan siang hari versi Proton X70 CBU 2019.

Tidak ketinggalan, kini Proton X70 2025 hadir dengan logo berbentuk bulat tetapi versi lama, logo harimau dalam bentuk tajam.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-12.jpgWhatsApp-Image-2025-05-14-at-21.59.08.jpeg

Beralih kepada bahagian bonetnya, X70 2025 kini hadir dengan rekaan gelembung pada bonetnya. Jika melihat sisinya, kedua-dua versi lama dan baharu sebenarnya sama tetapi bampar belakang X70 2025 telah dikemaskini manakala lampu belakang tetap sama dengan versi lama. Cuma, bahagian belakang SUV ini seolah-olah tidak disentuh sangat.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-15.jpg

Bamparnya yang direka semula dan garis-garis anggun di sepanjang sisi sebenarnya meningkatkan lagi aerodinamik kenderaan, sekali gus memberikan penampilan dinamik dan sporty.

Jentera sasa ini dilengkapi dengan reka bentuk roda aloi 19 inci yang mempamerkan reka bentuk dua tona yang baharu.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-16.jpg

Bukan setakat itu sahaja, Proton turut menghasilkan rekaan bampar belakang X70 2025 ini  menampilkan reflektor melintang manakala versi lama, reflektornya cuma kecil cinonet.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-30.jpg

Lampu nyalaan siang hari Proton X70 2025 yang lebih lebar manakala gambar di bawah pula DRL Proton X70 2019.

WhatsApp-Image-2025-05-14-at-22.41.37.jpeg

Rekaan hudnya juga lebih elegan dengan dua garisan menonjol di tengah, persis kereta mewah.

Mengenai ruang butnya,  ia kini dilengkapi dengan ciri Auto Open pada pintu tailgate. But belakangnya boleh dibuka dengan sendiri, tetapi pastikan kuncinya bersama dengan anda.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-35.jpg

Ini bermakna anda tidak perlu lagi menekan apa-apa butang atau pun menghayun kaki di bawah bampar untuk membuka tailgate. Jika dibandingkan dengan kereta saya, saya perlu menekan butang pada pada kunci ataupun tekan butang di belakang.

KABIN SEMAKIN CANGGIH

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-40.jpg

Kabin Proton X70 2025.

Bagi Proton X70 versi lama, kabinnya cukup ringkas memandangkan skrin infotainmennya disepadukan dalam papan pemuka manakala Proton X70 2025 pula, sistem infotainmen yang berukuran 12.3 inci pula datang dalam bentuk terapung. Bagi penulis, saya lebih suka jenis skrin infotainmen yang disumbat sekali rata dengan papan pemuka kerana ia kelihatan lebih premium.

WhatsApp-Image-2025-05-14-at-22.04.34.jpeg

Ini pula kabin Proton X70 CBU keluaran tahun 2019.

Apa yang panting, Proton X70 Facelift 2025  merupakan model pertama Proton  yang menerima kemas kini over-the-air (OTA) untuk Apple CarPlay dan Android Auto. Ini antara ciri yang paling ditunggu selama ini sehinggakan saya sendiri sedikit geram dengan Proton kerana baru sahaja membawa masuk ciri ini.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-50.jpgsocial_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-45.jpg

Kini skrin infotainmennya hadir dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. 

Bukan apa, pemandu semakin mengutamakan keselesaan dan sambungan. Penyesuai tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto telah menjadi penting bagi anak-anak muda yang sudah lagi tidak berminat melihat   kabel yang berselirat di bahagian tombol gear. Sama ada anda sedang mengemudi, mendengar muzik, atau menerima panggilan, penyesuai ini memberikan integrasi lancar dengan telefon pintar anda.

Jadi, pengguna Android juga boleh  mengakses pelbagai ciri seperti Peta Google dan Spotify, dengan mudah dan  pemandunya tidak perlu lagi bergantung  kepada telefon bimbit semasa memandu.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-51.jpg

Ia kini hadir dengan pelbagai ciri termasuk Spotify.

Menjengah bahagian tempat duduk, unit pandu uji didatangkan dengan warna kelabu manakala varian premium 2WD 2019 hadir dengan tempat duduk balutan kulit nappa berwarna perang.

WhatsApp-Image-2025-05-14-at-22.09.48.jpegWhatsApp-Image-2025-05-14-at-22.09.57.jpeg

Ini adalah kerusi Proton X70 2019  yang dibaluti dengan kulit Nappa. 

Bagi penulis, saya tetap jatuh hati dengan kulit Nappa perang kerana warnanya membuatkan ia lebih menyerlah dan mewah. Kerusi pemandu dan penumpang depan boleh dilaraskan secara automatik kerana masing-masing mempunyai butang.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-65.jpgsocial_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-69.jpg
social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-66.jpg

Ini pula kerusi Proton X70 Premium X 2025.

Namun apa pula pendapat anda?

Selain bercakap mengenai tempat duduknya, tombol gear Proton X70 2019 kelihatan agak ketinggalan zaman kerana ia jenis gear yang ada pada kereta-kereta manual manakala yang versi baru nampak lebih moden kerana tombol gearnya jenis bulat.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-60.jpg

Tombol gear kini ada simbol ‘-‘ dan ‘+’. 

Hasil belekan saya mendapati terdapat  simbol ‘-‘ dan ‘+’ berada pada bahagian kiri dan kanan pada tombol gear, jadi  anda perlu menolak tuil gear ke kiri untuk menurunkan gear dan ke kanan untuk menaikkan gear dalam mod manual. Ia agak rumit sedikit terutama buat wanita yang kurang arif dalam bab-bab kereta ini.

Namun kedudukan butang Eco, Sport, logo turun bukit, parkir, Auto Hold  dan beberapa butang lain seperti di bahagian  butang penghawa dingin juga dilihat masih dikekalkan.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-59-(1).jpgsocial_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-53.jpg

Apa yang cukup menarik pada versi Proton X70 baharu ini adalah skrin infotainmennya  hadir dengan  ciri pencahayaan ambien 72 warna yang menaikkan lagi aura premium kabin sekali gus membuatkan ia tampak canggih. Terdapat tiga mod untuk lampu ambiennya iaitu Single Colour, Breathing dan Multi Colour.

Berdasarkan mod itu, ia akan mengeluarkan cahaya keluar dan masuk dan ada juga mod yang berkedip seolah-olah mengambil nafas manakala multi colour, warnanya berubah secara automatik.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-85.jpgWhatsApp-Image-2025-05-14-at-22.47.42.jpeg

Lampu ambien yang dipasang akan mengikut rentak muzik. 

Malah, jika anda membuka muzik, lampunya akan mengikut rentak muzik berkenaan. Tahniah Proton! Ciri ini mungkin akan menggoda lebih ramai peminat X70.

Sementara itu, panel meter untuk X70 ini ialah paparan skrin digital 7 inci jenis bulat. Kedua-dua versi tetap sama dan terdapat seolah-olah bumbung di atas skrinnya. 

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-43.jpgWhatsApp-Image-2025-05-14-at-22.24.10.jpeg

Panel digital Proton X70 2025 (kiri) manakala  sebelah kanan panel digital Proton X70 2019.

Antara bahagian lain yang dikemaskini adalah stereng kerana ia kelihatan sama dengan Proton X50. Versi ini juga hadir dengan kamera 360 kerana anda boleh membelek skrin untuk melihat pandangan dengan begitu jelas dan pandangan yang dipaparkan juga agak tajam.Ini antara sistem paling terbaik untuk versi kali ini.

Mengenai penutup tangkinya, ia seolah-olah seperti kereta Eropah kerana penutup tangki minyak hanya perlu ditekan dan ia akan terbuka. Tidak perlu menarik tuil dari dalam dan bila kereta dikunci, penutup itu turut terkunci.

Turut diuji adalah respon terhadap bantuan suara “Hi Proton” untuk membuka dan menutup bumbung suria dan cermin tingkap. 

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-67.jpg

Bagaimana pula dengan tempat duduk belakang, terdapat dua saluran penghawa dingin seperti mana pada versi lama selain  ada juga satu soket Type A dan satu soket Type C.

Jika melihat bahagian panel sisi pintunya, terdapat jahitan kemas menyebabkan ia kelihatan lebih premium. 

ENJIN DAH BERUBAH?

Untuk Proton X70 2025, semua varian kini didatangkan dengan enjin  1.5 liter 3-silinder TGDi yang mana ia memberi dengan suntikan terus kepada bahan api. Jadi tiada lagi enjin 1.8 liter. 

Ini kini mempunyai kecekapan pembakaran yang dipertingkatkan, pengurusan haba dan pengurangan geseran. Penggunaan bahan apinya kini mencatatkan bacaan 7.3 liter/100 km, atau 4 peratus lebih baik berbanding model sebelumnya.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-6-(2).jpg

Jadi, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 177 PS dan tork 255 Nm dimana enjinnya  dipadankan dengan transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT).

Bagaimana pula dengan pemanduannya?

PANDU UJI

Secara jujurnya, jika anda berada di luar kenderaan ini, bunyi enjinnya agak bising sedikit berbanding dengan Proton X70 lama. Setelah mengetahui ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter, saya dah set dalam otak, sah yang baru ni under power!

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-79.jpgsocial_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-77.jpg

Namun, sangkaan saya itu akhirnya meleset ketika menelusuri lebuh raya ke selatan menuju ke Melaka. Selepas setengah jam pemanduan, saya dapat rasakan ia bukan kereta yang under power teruk sangat namun dari segi pikapnya, ia agak lembap sedikit kerana ia mempunyai perbezaaan 45Nm.

Begitupun, ketika pemanduan saya pada kelajuan sekitar 110 kilometer sejam, saya tidak dapat rasa ia under power sebaliknya pemanduannya cukup ringan berbanding dengan Proton lama saya. Penghantaran kuasanya sebenarnya cukup lancar jika pemanduan anda dilakukan secara konsisten. Rupa-rupanya selepas saya membelek latar belakang X70 baharu ini, ia sebenarnya.

WhatsApp-Image-2025-05-14-at-20.29.50-(1).jpeg

Bagi menguji keupayaannya, saya ada sesekali tekan pedal minyaknya sehingga 130km/j, nyata pemanduannya sememangnya cukup lancar. Walaupun ia tidak begitu agresif dengan X50, pemanduannya sebenarnya sama sahaja dengan 1.8 liter.

Namun tidak dinafikan, bagi penulis, sistem suspensinya agak keras dari versi CBU asal namun ketika melalui jalan berlubang-lubang di bandaraya Melaka,hentakan yang terhasil tidaklah begitu kuat.

Bagi saya, pemanduan enjin 1.5 liter ini agak berbeza mungkin daripada sterengnya. Kehadiran stereng baharu ini sebenarnya banyak membantu kerana feedback sterengnya lebih sedap.

Bagi saya, stereng feel ini memang penting kerana saya dapat merasakan versi saya sedikit berat berbanding stereng baharu ini.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-75.jpgsocial_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-74.jpg

Sistem suspensi terasa sedikit lebih keras dari versi CBU asal namun ketika melalui jalan berlubang-lubang dalam perjalanan menuju ke Bandaraya Melaka, hentakan yang terhasil tidaklah terlalu kuat.

Dari segi ciri-ciri keselamatannya, anda jangan risau. Ini kerana  versi baharu X70 ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan. Antaranya, Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) Tahap 2 untuk varian Premium dan Premium X.

Selain itu ada juga Kawalan Jelajah Adaptif dengan Henti/Gerak, Kawalan Jelajah Pintar, Amaran Terkeluar LorongPencegahan Terkeluar Lorong, Kawalan Tengah Lorong, Maklumat Papan Tanda Trafik, Amaran Perlanggaran Belakang dan  Amaran Lintasan Trafik Di Belakang.

Bagi yang berminat, Proton X70 ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian Standard, Executive, Premium dan Premium X, keempat-empat varian tersebut dijual dengan harga seperti berikut; Standard - RM 98,800, Executive - RM 110,800, Premium - RM 123,800, Premium X - RM 126,800

Proton X70 2025 ditawarkan dengan lima pilihan variasi warna, iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red dan Marine Blue.

Model baharu ini juga datang dengan jaminan tanpa had selama lima tahun, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan enam servis buruh percuma.

social_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-24-(1).jpg

Bagi penulis, kalau anda sukakan kereta comfort, Proton X70 jawapannya! 

Berbalik kepada soalan saya, apakah pendapat saya mengenai Proton X70 2025 berbanding Proton X70 2019?

Bagi saya, Proton X50 major facelift ini hadir dengan pelbagai ciri baharu selain rupanya juga kelihatan lebih muda. Jadi, X70 2025 memang boleh lawan habis dengan X70 2019 sebab ada banyak benda baharu.

Namun dari segi pemanduannya, tidaklah begitu ketara. Sebagai pemilik Proton X70 CBU 2019, tiada sedikit pun rasa menyesal kerana terbeli awal kerana ia tetap sebuah SUV comfort dari dulu hingga kini walaupun usianya sudah menjangkau enam tahun.

Terima kasih Proton!








Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC9844

SELANGOR

BSE6519

JOHOR

JXX2168

PULAU PINANG

PRQ5670

PERAK

ANV6175

PAHANG

CFB7403

KEDAH

KGA5389

NEGERI SEMBILAN

NEF8401

KOTA KINABALU

SJK8748

KUCHING

QAB3491L

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.77

-0.03

EURO 5 B7

RM 2.97

-0.03

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025

Berita Berkaitan

Pandu Uji
[ULASAN RINGKAS] Proton X70 2025 Bukti Kemampuan Sebenar Di Sabah

[ULASAN RINGKAS] Proton X70 2025 Bukti Kemampuan Sebenar Di Sabah

Ini pendapat penulis tentang Proton X70 2025.

08-09-2024
Pandu Uji
Sudah Diuji: Toyota Corolla 1.8G 2024, Pasti Tak Menyesal Beli! Antara Yang Paling "Selamat"?

Sudah Diuji: Toyota Corolla 1.8G 2024, Pasti Tak Menyesal Beli! Antara Yang Paling "Selamat"?

Kami berpeluang memandu uji Toyota Corolla 1.8G 2024, baru-baru ini.

08-09-2024
Pandu Uji
Volkswagen Tiguan Allspace R-Line: SUV Keluarga Yang Lasak!

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line: SUV Keluarga Yang Lasak!

Pengalaman penulis menggunakan Tiguan Allspace R-Line 2021.

25-03-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.