ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_3257.JPG


BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM349,000.


Ciri Mekanikal BMW X3 20 xDrive M Sport


12.-The-New-BMW-X3-20-xDrive-M-Sport.jpg


BMW X3 20 xDrive M Sport dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 2.0 liter dengan teknologi hibrid ringkas 48 volt, menghasilkan kuasa gabungan 140 kW (190 hp) dan 310 Nm. Dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan, sistem pacuan semua roda xDrive menggantikan pacuan roda belakang model sebelum ini, untuk kuasa  cengkaman dan kestabilan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan. 


SUV ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 8.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 215 km/j.


Sistem suspensi standard BMW X3 20 xDrive M Sport telah diperbaik untuk ketepatan pengendalian yang lebih tinggi dan menigkatkan keselesaan pemanduan. 


Penambahbaikan termasuk bearing gandar belakang yang lebih keras, pemasangan penstabil yang disemak semula, dan kelebaran trek belakang yang ditambahkan sebanyak 45 milimeter untuk kestabilan lebih baik. Nisbah direct steering menjadikan kenderaan terasa lebih responsif sama ada di jalan berliku atau laluan yang tidak rata.


Reka Bentuk BMW X3 20 xDrive M Sport 


02.-The-New-BMW-X3-20-xDrive-M-Sport.jpg

01.-The-New-BMW-X3-20-xDrive-M-Sport.jpg04.-The-New-BMW-X3-20-xDrive-M-Sport.jpg


Dari segi rekaan, BMW X3 20 xDrive M Sport tampil menyerlah dengan pelbagai sentuhan unik termasuk gril kidney dalam warna krom mutiara (Pearl Chrome) yang makin berseri apabila disinari BMW Iconic Glow. Gril ini diapit oleh lampu LED baharu dengan  elemen pencahayaan berbentuk L. 


Profil sisi pula menonjolkan karakter sporty dengan bonet yang panjang, jarak roda yang panjang, overhang yang pendek dan bonet tinggi yang sinonim bagi sebuah kenderaan aktiviti sukan (SAV). Di sini juga dapat dilihat penggunaan rim aloi M berukuran 19 inci dengan jejari berbentuk Y dalam kemasan dua warna 1035 M, dikelilingi oleh lengkungan roda yang besar.


Bergerak ke belakang, sudut yang paling menyerlah ialah lampu belakang dalam rekaan split baharu menampilkan bentuk dua L dengan lampu isyarat membelok terletak di antara dua elemen lampu tersebut.


Kabin Minimalis Tapi Sarat Teknologi Canggih


13.-The-New-BMW-X3-20-xDrive-M-Sport.jpg


Ruang dalaman BMW X3 20 xDrive M Sport menampilkan reka bentuk minimalis tetapi beraura mewah dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi. Memasuki ruang kabin, ciri pertama yang menarik perhatian ialah skrin melengkung BMW Curved Display tanpa bingkai yang menggabungkan kluster instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci, sedikit condong ke arah pemandu. Sistem ini boleh dihubungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay. 


Model ini menggunakan sistem operasi terbaru BMW dengan ciri QuickSelect, membolehkan kawalan intuitif melalui skrin sentuh, kawalan suara atau BMW Controller.


Di bawah skrin lebar tersebut terdapat BMW Interaction Bar yang bercahaya, ciri ini menawarkan kawalan sentuh dinamik dan pencahayaan ambien dengan 15 pilihan warna.


21.-The-New-BMW-X3-20-xDrive-M-Sport.jpg14.-The-New-BMW-X3-20-xDrive-M-Sport.jpg


Untuk keselesaan, model ini menggunakan stereng M kulit tiga jejari dengan bahagian bawah rata yang memudahkan pengguna masuk dan keluar serta tempat duduk sport yang hadir dengan sistem pelarasan automatik dan fungsi memori. 


Kelengkapan menarik lain ialah papar pandu (HUD) BMW, ruang pengecasan tanpa wayar sehingga 15W dengan pencahayaan LED, kamera ruang kabin, pendingin hawa automatik tiga zon dan karpet velour.


Untuk simpanan barangan, kapasiti ruang bagasi ialah 570 liter, boleh diperluas sehingga 1,700 liter.


Sistem Bantuan Pemandu Lengkap


BMW X3 20 xDrive M Sport dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemandu canggih seperti Driving Assistant Plus yang merangkumi amaran pertukaran lorong dengan campur tangan stereng aktif, amaran perlanggaran hadapan dengan brek automatik, bantuan mengelak kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki, amaran pusingan kiri dengan fungsi brek, paparan had laju dengan indikator larangan memotong, serta amaran keletihan pemandu. 


Sistem kawalan pelayaran aktif dengan fungsi Stop & Go dan bantuan stereng serta kawalan lorong turut disediakan. 


Parking Assistant Plus pula menggunakan kamera dan ultrasound untuk fungsi Park Assist, Reversing Assistant, kawalan jarak parkir aktif, sistem pandangan sekeliling dan rakaman video keselamatan.


Pembelian BMW X3 20 xDrive M Sport


BMW X3 20 xDrive M Sport boleh didapati dalam beberapa pilihan warna termasuk Alpine White, Black Sapphire, Dune Grey dan Tanzanite Blue. Untuk kabin, warna dan kemasan yang ditawarkan ialah upholsteri Veganza berpori (perforated) dalam warna hitam dan coklat (Espresso Brown). Mengenai harga, BMW X3 20 xDrive M Sport dijual pada harga RM349,000,  atas jalan tanpa insurans, termasuk pakej waranti lanjutan lima tahun BSRI dan servis.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB8347

SELANGOR

BSQ6801

JOHOR

JYY3245

PULAU PINANG

PSC8612

PERAK

APJ1046

PAHANG

CFG7345

KEDAH

KGG4331

NEGERI SEMBILAN

NEK6127

KOTA KINABALU

SJS3294

KUCHING

QAB9630N

Terakhir Kemas Kini 13 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.