Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual

Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.
Di sebalik itu, apa yang cukup menarik ialah ia mungkin digandingkan dengan transmisi manual.


Ketua Pegawai Eksekutif Maserati, Santo Ficili berkata, pihaknya mempunyai pelbagai kemungkinan untuk menyesuaikan produk mengikut kehendak pelanggan.
Ia merangkumi keseluruhan rangkaian Maserati. Saya membayangkan sesuatu seperti yang pernah kami lakukan dahulu, termasuk mempertimbangkan kerjasama dengan Alfa Romeo,” katanya kepada Autocar UK baru-baru ini.
Menurut laporan berita automotif itu, Ficili memberi bayangan pertama bahawa model flagship super-GT edisi terhad ini bakal berdasarkan Maserati GranTurismo sedia ada.


Malah, model ini juga akan melahirkan versi berjenama Alfa Romeo.
Pendekatan ini dijangka menyamai bagaimana Alfa Romeo 33 Stradale dibangunkan berasaskan sportscar enjin Maserati MC20 yang baru sahaja dikemaskini dan dikenali sebagai ‘MCPura’.

Mengimbau kembali kolaborasi terdahulu antara kedua-dua jenama ini, Ficili menyatakan bahawa model istimewa seperti Alfa Romeo 8C Competizione sebelum ini dibangunkan berasaskan GranTurismo generasi sebelumnya, dan ia dibina di kilang Maserati di Modenaiaitu lokasi sama yang turut menghasilkan Alfa Romeo 4C.
Pendek kata, mana-mana model khas edisi terhad Maserati yang menggunakan trenkuasa Nettuno ini dijangka akan menampilkan angka kuasa yang lebih tinggi berbanding MCPura ketika ini.


Bagi yang tidak tahu, MCPura mampu menghamburkan kuasa setakat 621 hp dan 730 Nm.
Apa yang pasti, peningkatan kuasa ini berkemungkinan datang daripada sistem elektrifikasi tambahan iaiu dalam bentuk super plug-in hybrid (super-PHEV) seperti Mercedes-AMG GT 63 S E Performance.
Sementara itu, ketua jurutera Maserati, Davide Danesin pula menyifatkan penggunaan bateri dalam sebuah supercar membuatkan ia bertambah berat dan menjadikan kenderaan lebih kompleks.
Namun begitu, Danesin turut mengakui bahawa masih ada pelanggan yang mencari kereta manual.
“Transmisi manual adalah satu peluang. Saya tidak nampak ia sesuai untuk produksi besar-besaran, tapi kenapa tidak buat versi khas dengan kotak gear manual? Tiada sebab untuk kata tidak. Ia mungkin pilihan tepat untuk edisi terhad,” jelasnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000
Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce.
20-11-2025
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka
Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.
05-11-2025
Alfa Romeo Diarah Tukar Nama Milano
Rupa-rupanya kerajaan Itali tidak bersetuju dengan nama Alfa Romeo Milano.
17-04-2024
Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.
09-03-2024
Alfa Romeo Tonale - Pelancaran Ditangguhkan Hingga Awal 2022
Stellantis, syarikat induk kepada Alfa Romeo, telah mengesahkan bahawa Alfa Romeo Tonale akan dilancarkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) versi hibrid plug-in.
27-12-2021
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
