Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut


Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya. Keputusan ini dibuat hanya beberapa minggu sebelum pengeluaran rasmi kenderaan hidrogen (FCEV) dijadualkan bermula di Eropah, dengan alasan permintaan yang rendah serta kekurangan infrastruktur.


Dalam kenyataan rasmi, Stellantis menjelaskan keputusan tersebut banyak dipengaruhi kekangan infrastruktur stesen isian hidrogen di Eropah yang masih belum meluas. Selain itu, pelaburan modal yang tinggi serta ketiadaan insentif yang kukuh untuk menarik pembeli turut menyukarkan perkembangan teknologi ini.
Stellantis turut mengakui bahawa kenderaan komersial ringan berasaskan sel bahan api hidrogen sukar untuk diterima pasaran dengan meluas sebelum hujung dekad ini.


Ini sekaligus mendorong syarikat mempertimbangkan semula kedudukan beberapa kerjasama strategik, termasuk dengan Symbio, pengeluar sel bahan api hidrogen yang mana Stellantis memiliki pegangan sebanyak 33.3% sejak 2023. Untuk makluman, Symbio merupakan usaha sama antara Michelin dan Forvia yang fokus mempertingkatkan pengeluaran FCEV di Eropah dan Amerika Utara.
Kakitangan Tidak Terjejas
Walaupun projek pembangunan ini dihentikan, Stellantis menegaskan tiada staf di mana-mana lokasi pengeluaran bakal kehilangan pekerjaan. Sebaliknya, semua kakitangan yang sebelum ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan FCEV akan dipindahkan ke projek-projek lain di bawah kumpulan Stellantis.

COO Stellantis Eropah, Jean-Philippe Imparato
COO Stellantis untuk bahagian Eropah, Jean-Philippe Imparato menjelaskan, "Dalam keadaan syarikat kini berusaha memenuhi peraturan CO₂ Eropah yang ketat, kami membuat keputusan untuk menghentikan program sel bahan api hidrogen. Pasaran hidrogen masih sangat terhad dan belum menawarkan jaminan kelestarian ekonomi dalam masa terdekat.”
Tambah beliau, “Pilihan yang jelas serta bertanggungjawab perlu diambil agar syarikat tetap kompetitif dan memenuhi keperluan pelanggan melalui rangkaian kenderaan elektrik serta hibrid kami.”
Impian Besar, Namun Terpaksa Berundur


Sebelum ini, Stellantis merancang melancarkan sehingga lapan model FCEV di bawah jenama Pro One, antaranya van sederhana hingga besar seperti Citroen e-Jumpy, Opel Vivaro, Peugeot E-Expert dan beberapa lagi. Semua model ini dijadualkan akan dikeluarkan di kilang Hordain, Perancis (van saiz sederhana) serta Gliwice, Poland (van besar).


Bagaimanapun, dengan keputusan ini, pembangunan dan pengeluaran semua model FCEV terbabit turut dihentikan serta-merta.
Masa Depan Teknologi Hidrogen Kini Di Tangan Pesaing


Keputusan Stellantis ini secara tidak langsung menyerahkan pentas kepada pengeluar lain yang masih komited pada teknologi hidrogen, seperti Toyota, BMW dan Hyundai. Kesemua syarikat ini masih yakin terhadap potensi mobiliti alternatif rendah karbon, walaupun cabaran kekal besar dari segi aplikasi dan sokongan infrastruktur.
Baca: Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP5720
SELANGOR
BST5917
JOHOR
JD9679J
PULAU PINANG
PSF4541
PERAK
APL3910
PAHANG
CFH6912
KEDAH
KGH9852
NEGERI SEMBILAN
NEL7835
KOTA KINABALU
SJU104
KUCHING
QAB5432P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat