- Berita
- Gaya Hidup
- Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950
Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950
![]()
Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go, inovasi yang menyempurnakan lagi pakej gaya hidup ‘elektrik’ dan futuristik menjelang pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua pada hujung tahun ini.
Jam Pintar P-Go: Bukan Sekadar Penunjuk Masa
Jam pintar pertama keluaran Perodua ini tidak jauh berbeza daripada jam pintar lain di pasaran yang hadir dengan ciri seperti pengimbas kesihatan, rekod tidur, kawalan muzik dan banyak lagi. Namun, keistimewaannya terletak pada kebolehannya untuk berfungsi sebagai kunci kenderaan bagi model Perodua yang menyokong sistem masuk tanpa kunci.

Majlis pelancaran aplikasi super atau super app, P-Circle
Dengan memakai jam ini, pengguna boleh mengawal kenderaan melalui ciri P-Vehicle. Tindakan seperti membuka dan mengunci pintu kereta, membuka dan menutup bonet, malah menghidupkan enjin kenderaan boleh dilakukan terus melalui jam pintar. Kehadiran semua fungsi ini membolehkan pemilik Perodua tidak lagi perlu lagi membawa kunci fizikal.
Buat masa ini, ciri kawalan kenderaan ini hanya boleh digunakan untuk model-model Perodua termasuk Myvi, Ativa, Alza dan Axia. Untuk mengaktifkan ciri ini, pelanggan perlu membuat tetapan signal RF di pusat servis Perodua yang terdekat.
Yang menariknya, menurut Perodua, jenama lain juga boleh memanfaatkan sistem yang sama melalui kemas kini perisian pada masa akan datang.
Hasil Kerja Tempatan, Pelaburan Masa Depan



Sama seperti aplikasi P-Circle, perisian dan reka bentuk jam pintar P-Go ini dihasilkan oleh bakat tempatan. Namun, dari segi perkakasan, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, mengakui bahawa sebahagiannya terpaksa diimport dari luar negara.


Beliau menekankan bahawa melalui proses ini, Perodua telah menarik syarikat-syarikat luar tersebut untuk melabur dalam industri jam pintar di dalam negara, sekali gus menyuntik semangat baharu dalam rantaian bekalan teknologi tempatan.
Ciri Teknikal Jam Pintar P-Go


Dari segi spesifikasi, jam pintar P-Go menggunakan sistem 3RQOS. Dengan pengecasan penuh, jam tangan ini boleh bertahan sehingga 12 hari untuk penggunaan normal dan enam hari untuk penggunaan yang intensif.
Ketersediaan & Harga Jam Pintar P-Go

Zainal turut mendedahkan bahawa model yang dipamerkan buat masa ini adalah varian dengan muka yang lebih besar. Tidak lama lagi, Perodua akan memperkenalkan versi yang lebih kecil yang lebih sesuai untuk wanita. Jam pintar ini dijangka mula dijual secara dalam talian melalui aplikasi P-Circle pada hujung tahun ini pada harga RM950.
Baca: EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Antara Hobi Dan Nyawa: Bila Hobi Sihat Menjadi Tragedi Berdarah
Elakkan berbasikal waktu malam.
22-08-2026
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?
Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.
08-07-2026
Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70
Evolusi Teksi KL.
06-07-2026
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda
Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


