ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemandangan dari atas Lebuhraya Karakoram.

Penulis berpeluang berkunjung ke Lembah Hunza yang terletak di banjaran Karakoram, Pakistan, kira-kira dua minggu lepas.

Percutian ini sebenarnya tiada dalam "wish list" namun disebabkan ia dikenali sebagai mini Switzerland, penulis tidak berfikir panjang dan terus menempah tiket penerbangan ke Islamabad, Pakistan.

Untuk ke Hunza, anda perlu menaiki sebuah lagi pesawat dari Islamabad ke Skardu, Gilgit−Baltistan, utara Pakistan yang cuma mengambil masa 45 minit untuk ke pekan kecil itu.  Dari Skardu, 

kami kemudian menaiki Land Cruiser Prado yang kemudian mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai ke Khunjerab Pass iaitu lintasan  sempadan berturap tertinggi di dunia.

image.png

Kebanyakan pemandu pelancong dan penduduk tempatan di Lembah Hunza menggunakan Land Cruiser Prado untuk kegunaan harian.

Bercakap mengenai Land Cruiser Prado, ini pertama kali penulis menaiki Prado, SUV ini memang padu dan yang penting ia memang sesuai untuk kegunaan jalan raya jenis off-road. Maka tidak hairanlah, mengapa  bandar Skardu dan kawasan pergunungan seperti Hunza dipenuhi SUV off-road.

WhatsApp-Image-2025-09-25-at-17.25.35.jpegimage.png

Land Cruiser Prado memang sesuai untuk kegunaan off-road. 

Penggunaan SUV off-road seperti Prado sebenarnya banyak membantu ketika penulis bersama kakak dan rakan menakluki laluan paling epik di dunia, Lebuhraya Karakoram bersama  Ketua Pegawai Eksekuitif, Jadoon Tours&Travel Shahir Yar Khan, 35.

image.png

Shahir (kanan) di ibu pejabat Pakistan Tourism Development Corporation. 

Perjalanan kami mencabar namun  berbaloi apabila dapat menyaksikan “Old Silk Road" yang pernah menjadi laluan untuk membawa kain sutera, rempah-ratus, emas, agama dan kebudayaan  Laluan Old SilK Road  yang dahulunya meriah kini lenyap ditelan zaman.

WhatsApp-Image-2025-09-25-at-17.07.02.jpegWhatsApp-Image-2025-09-25-at-17.07.02-(2).jpeg

Gambar kiri (arah berwarna oren menunjukkan laluan Old Silk Road) manakala gambar kanan adalah gambar asli Laluan Old Silk Road.

Dari jauh, kami berpeluang melihat Old Silk Road  berbentuk zig-zag yang terbentang di lereng-gunung-ganang. Ketika sedang menikmati pemandangan laluan Old Silk Road, penulis terasa seolah-olah balik ke zaman dulu sebab laluan ini sebenarnya sebahagian daripada Laluan Sutera tempat pedagang dulu keluar masuk bawa sutera, rempah, emas. Jadi bila kau lalu, kau bukan sekadar tengok view, tapi macam masuk lorong sejarah sekali.

WhatsApp-Image-2025-09-25-at-17.07.02-(1).jpeg

Papan tanda dipasang di tepi Lebuhraya Karakoram.

Menurut Shahir, laluan Old Silk Road itu, pada mulanya hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki dan kuda. 

nagar-1.jfif

Laluan sempit di "Old Silk Road". 

"Sekitar tahun 1958-60, laluan itu kemudian dilebarkan dimana pada satu masa hanya 1 jip boleh melalui kawasan berkenaan. Namun selepas pembinaan Lebuhraya Karakoram, laluan itu sudah tidak digunakan lagi. 

WhatsApp-Image-2025-09-25-at-16.53.17.jpeg

Jambatan kayu yang masih kekal di laluan Old Silk Road. 

"Namun bagi mengekalkan tapak sejarah laluan itu,  agensi Kebudayaan  Aga Khan dengan pembiayaan Kedutaan Diraja Norway  telah memulihkan beberapa bahagian jalan itu demi memulihara khazanah bersejarah," katanya kepada Carz.com ketika ditemui baru-baru ini.

WhatsApp-Image-2025-09-25-at-16.52.53.jpeg

Satu papan tanda dipasang berhampiran Lebuhraya Karakoram menunjukkan arah laluan Old Silk Road. 

Sementara itu, beberapa gambar yang disimpan pemandu pelancong lain menunjukkan laluan Old Silk Road itu sebenarnya tidak berturap sebaliknya hanya berbatu dan hanya boleh dilalui sebuah kereta sahaja.

Sebaliknya, ada juga jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu yang kelihatan sudah uzur dan bahaya untuk digunakan. 

Dari jauh, kami hanya mampu melihat laluan "Old Silk Road" yang pernah popular satu masa dahulu, namun tetap tersimpan rapi dari sebarang pembangunan.

LEBUHRAYA KARAKORAM PALING BAHAYA DI DUNIA

WhatsApp-Image-2025-09-25-at-17.28.05-(1).jpeg

Kami kemudian meneruskan perjalanan dengan menggunakan Lebuhraya Karakoram untuk ke  Khunjerab Pass Border China-Pakistan.

Bagi yang tidak tahu, Lebuhraya Karakoram sebenarnya merupakan jalan raya  paling berbahaya di dunia kerana apabila hujan lebat,  kawasan pergunungan yang tidak stabil sentiasa terdedah kepada tanah runtuh dan runtuhan salji, serta ketinggiannya yang luar biasa,  menimbulkan cabaran kepada pemandu.

Perubahan iklim  memburukkan lagi masalah ini, dengan menyebabkan peningkatan banjir, hakisan, dan sekatan jalan raya. 

Pendek kata, sedikit slek, kereta boleh menjunam ke dalam Sungai Indus dimana  aliran  airnya cukup deras menyebabkan ramai yang terbunuh. Pendek kata, Lebuhraya Karakoram  merekodkan kematian yang agak tinggi kerana  kenderaan dipandu terbabas dari selekoh tajam selain dihempap salji tebal.

Antara risiko lain melalui jalan ini ialah ketulan batu yang jatuh bergolek dari atas,  banjir, binatang ternakan berkeliaran dan juga pemandu tempatan yang memandu secara melulu.

Tambah Shahir biarpun Lebuhraya Karakoram dianggap antara jalan paling bahaya di dunia namun  tiada sebarang lesen khas diperlukan untuk memandu di lebuhraya berkenaan.

"Penduduk mahupun pemandu pelancong menggunakan lesen biasa, tiada sebarang lesen khas diperlukan walaupun reka bentuk laluan ini cukup mencabar dan boleh meragut nyawa. Seperti mana orang Malaysia ke Cameron Highlands, begitulah juga dengan kami di sini.

"Biarpun ia disifatkan sebagai lebuhraya bahaya di dunia, namun lebuhraya ini sebenarnya cukup berbeza dengan lebuhraya di negara lain. Nama sahaja lebuhraya namun,  tiada sebarang kemudahan beristirehat, tandas, stesen minyak, lampu jalan namun hanya beberapa kawasan yang curam sahaja dipasang divider.

image.png

Hanya beberapa selekoh tajam sahaja dipasang divider di sepanjang Lebuhraya Karakoram.

Malah, sepanjang Lebuhraya Karakoram, ada  beberapa lokasi yang sempit kerana ia terletak betul-betul  di tebing batu curam. Sedikit silap, kereta boleh masuk ke dalam gaung," katanya.

Namun atas sebab permukaan jalan raya yang mencabar, rata-rata pemandu di situ sudah arif dengan setiap belokan tajam di lereng bukit. 

Untuk makluman, Lebuhraya Karakoram juga sering kali mengalami tanah   runtuh, dan salah satu puncanya adalah kerana Sungai Indus yang mengalir deras di sepanjang jalan ini. Sungai ini terkenal dengan arusnya yang kuat, mampu menghakis tebing-tebing tinggi dan menyebabkan jalan runtuh dalam sekelip mata.

Biarpun, Lebuhraya terkenal dengan bahayanya namun ia tetap menjadi destinasi pilihan untuk  pencinta alam. Pemandangannya dan bentuk gunung-ganangnya yang cukup luar biasa menjadikannya salah satu jalan paling epik di dunia.

Apapun lebuhraya Karakoram bukan lebuhraya biasa, ia  menggamit lipatan sejarah dan keindahan semula jadi dalam satu perjalanan yang luar biasa.

Walaupun jalan raya sempit dan kadang kala hanya satu kereta sahaja boleh dilalui, namun penduduk tidak mempunyai pilihan lain kerana laluan sepanjang 1,300 kilometer itu adalah satu-satunya laluan darat yang menghubungkan Pakistan dengan China.

Laluan itu bermula dari  Hasan Abdal di wilayah Punjab di Pakistan ke Pas Khunjerab di Gilgit-Baltistan,  di mana ia melintasi China dan menjadi Lebuhraya Kebangsaan China 314. Lebuh raya ini menghubungkan wilayah Pakistan Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa serta Gilgit-Baltistan dengan Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang di China. L

Lebuh raya ini merupakan tarikan pelancong yang popular dan merupakan salah satu jalan berturap tertinggi di dunia, melalui banjaran gunung Karakoram.

Oleh kerana ketinggiannya yang tinggi dan keadaan yang sukar di mana ia dibina, ia sering dirujuk sebagai Keajaiban Dunia Kelapan.

Lebih menarik, pembinaan Lebuhraya Karakoram dimulakan pada tahun 1959 dan ia siap selepas 27 tahun pembinaan. Karakoram ialah kejayaan luar biasa dalam bidang kejuruteraan, menjangkau 1300 kilometer merentasi tiga banjaran gunung di Himalaya dan Hindukush.

Apapun, anda  jangan bayangkan ia seperti lebuhraya di Malaysia dengan 4 lorong kerana masuk ke Lebuhraya Karokaram ini tiada sebarang plaza tol!

Ya, tiada pondok tol. Tahu-tahu sahaja dah masuk lebuhraya. 

Apapun, perjalanan menggunakan Lebuhraya Karakoram mungkin merupakan pengalaman yang mencabar dari segi mental dan fizikal, dan anda perlu bersedia untuk pengalaman yang lebih primitif. 

Selepas mengetahui perkara itu, penulis berasa tidak sia-sia memilih destinasi percutian kali ini ke Hunza kerana di sebalik keindahan gunung-ganangnya, ia menyimpan  1,001 cerita. Apa yang penting, penulis berkesempatan meneluri Lebuhraya Karakoram yang juga merupakan lebuhraya tercantik di dunia.

Bagi yang berminat untuk menelusuri penggembaraan  yang cukup mencabar ini, anda boleh menghubungi S




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPT2935

SELANGOR

BSH9658

JOHOR

JYH1936

PULAU PINANG

PRU2876

PERAK

APB3780

PAHANG

CFD5491

KEDAH

KGC3764

NEGERI SEMBILAN

NEH1861

KOTA KINABALU

SJM7360

KUCHING

QAB2174M

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Global
Toyota Land Cruiser 250 Guna Enjin Diesel MHEV 48V Diperkenalkan Di Eropah

Toyota Land Cruiser 250 Guna Enjin Diesel MHEV 48V Diperkenalkan Di Eropah

Toyota telah memperkenalkan varian baharu Land Cruiser Prado (250 Series) di pasaran Eropah, iaitu model Hibrid 48V yang menggunakan teknologi MHEV turbodiesel.

25-06-2025

Berita Terkini

Gaya Hidup
Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Pengalaman menelusuri Lebuhraya Karakoram antara salah satu jalan paling berbahaya di dunia dan dianggap salah satu keajaiban dunia kerana kesukaran untuk membina jalan ini daripada China ke Pakistan.

25-09-2025
Gaya Hidup
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan  Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.

17-09-2025
Gaya Hidup
Ada Berita Baik, Anda Boleh Sertai Pertandingan Foto, “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, Hadiah Utama RM2K

Ada Berita Baik, Anda Boleh Sertai Pertandingan Foto, “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, Hadiah Utama RM2K

PROTON menganjurkan pertandingan fotografi peringkat nasional bertemakan “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, khas untuk rakyat Malaysia.

20-08-2025
Gaya Hidup
UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'

UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'

UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini menutup tirai kempen 'Hilux Unleashed – The Ultimate Challenge'.

28-05-2025
Gaya Hidup
Pulau Brabus Dibina Di Abu Dhabi – 350 Apartmen & 100 Vila Mewah Cecah RM35 Juta Seunit

Pulau Brabus Dibina Di Abu Dhabi – 350 Apartmen & 100 Vila Mewah Cecah RM35 Juta Seunit

Brabus kini sedang membina sebuah pulau eksklusif khas untuk golongan ‘ultra’ kaya dengan pembinaan Brabus Island yang kini sedang dibangunkan di kawasan tepi laut.

05-05-2025
Gaya Hidup
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
Gaya Hidup
Rumah Terbuka: Pemilik Proton e.MAS 7 Timba Ilmu Ekosistem EV

Rumah Terbuka: Pemilik Proton e.MAS 7 Timba Ilmu Ekosistem EV

Pelanggan turut didedahkan dengan tip penjagaan bateri .

16-04-2025
Gaya Hidup
Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX

Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX

Sempena ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengadakan pameran khas di TRX, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Ahad, 13 April.

11-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.