ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_spyshot_MyEVOC_Leapmotor-B10.jpg


Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10, melalui laman Facebook rasmi.



Kemunculan teaser ini bermaksud B10 bakal mendarat di Malaysia tidak lama lagi. Mungkin juga sebelum insentif cukai model import (CBU) EV tamat hujung tahun ini? 


Sedia Bersaing Dengan Atto 3 & e.MAS 7


Dari segi ukuran, B10 memiliki panjang 4,515 mm, lebar 1,885 mm dan tinggi 1,655 mm. Dengan jarak roda 2,735 mm, Leapmotor B10 dijangka menawarkan ruang kabin yang sangat selesa dan luas, menyamai standard keluasan pada model C10.


LeapmotorB10-(6).jpgLeapmotorB10-(4).jpgLeapmotorB10-(7).jpg


Dimensi ini meletakkan B10 dalam kelompok pasaran SUV segmen C yang sudah sedia kompetitif, di mana ia akan berdepan saingan sengit daripada Proton e.MAS 7, BYD Atto 3 dan MGS5 EV yang bakal dipasang secara tempatan (CKD). 


Ciri Mekanikal Leapmotor B10


web_KS_WhatsApp_Leapmotor-B10_LHD_Malaysia_-1.jpgweb_KS_WhatsApp_Leapmotor-B10_LHD_Malaysia_-4.jpg


Leapmotor B10 pernah dipertontonkan dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) semasa acara pengumuman rancangan CKD Lepamotor dan Stellantis Malaysia.


Dari segi trenkuasa, B10 dijangka akan ‘meniru’ spesifikasi yang baru-baru ini dilancarkan di pasaran jiran, Thailand. Model CBU China ini dikuasakan oleh motor elektrik, pacuan roda belakang (RWD), menghasilkan kuasa 218 PS dan tork 240 Nm.


Dua pilihan kapasiti bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LFP) dijangka ditawarkan iaitu 56.2 kWj dan 67.1 kWj. Dengan cas penuh mengikut kapasiti bateri, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 361 km dan 434 km (mengikut piawaian WLTP). Kedua-dua versi bateri menyokong pengecasan AC 11 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 140 kW.


Baca: Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K


Teknologi Canggih Leapmotor B10


web_KS_WhatsApp_Leapmotor-B10_LHD_Malaysia_-5.jpgweb_KS_WhatsApp_Leapmotor-B10_LHD_Malaysia_-7.jpgweb_KS_WhatsApp_Leapmotor-B10_LHD_Malaysia_-9.jpgweb_KS_WhatsApp_Leapmotor-B10_LHD_Malaysia_-8.jpg

Model yang lebih kecil daripada C10 ini dijangka akan menerima ciri premium dan teknologi yang sama.


Leapmotor B10 untuk pasaran Malaysia dijangka akan dilengkapkan panel instrumen digital 8.8 inci dan sistem infotainmen kawalan sentuhan yang bersaiz besar, 14.6 inci. Berita baiknya untuk model kali ini adalah kehadiran ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto melalui kemas kini perisian secara OTA. Ciri ini tidak ditawarkan pada model C10.


Seperti EV premium China yang lain, Leapmotor B10 dijangka dilancarkan dengan pelbagai ciri Sistem Bantuan Pemanduan Canggih (ADAS) yang komprehensif, membolehkan kemampuan pemanduan separa autonomi Tahap 2+.


Spekulasi Pemasangan CKD


web_KS_WhatsApp_Leapmotor-B10_LHD_Malaysia_-2.jpg


Spekulasi pemasangan CKD Leapmotor B10 di kilang Stellantis Malaysia di Gurun, Kedah, kini semakin rancak didengar. Ini diperkuatkan lagi melalui kerjasama yang telah dimeterai antara Stellantis dan Leapmotor awal tahun ini.


Sekiranya pemasangan CKD menjadi kenyataan, B10 berpotensi dilancarkan dengan harga yang sangat kompetitif. Untuk makluman pembaca, pesaing ‘terbesarnya’ seperti Proton e.MAS 7 dijual bermula dari RM109,800, BYD Atto 3 dalam versi Ultra pada RM123,800, manakala MGS5 EV pula dijual bermula dari RM107,900 (Com) dan RM127,900 (Lux Long Range). Leapmotor B10 dijangka akan ditawarkan dalam lingkungan harga yang sama atau lebih rendah.

LeapmotorB10-(5).jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR1783

SELANGOR

BSN4702

JOHOR

JYT4674

PULAU PINANG

PSA6595

PERAK

APG1378

PAHANG

CFF8499

KEDAH

KGE8360

NEGERI SEMBILAN

NEJ8149

KOTA KINABALU

SJQ8651

KUCHING

QAB4278N

Terakhir Kemas Kini 24 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
EV

08-01-2026
Kereta Baru

10-12-2025
Berita Auto

07-11-2025
Kereta Baru

05-11-2025
Berita Auto

27-08-2025
Berita Auto

10-03-2025
Berita Auto

16-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.