ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_20251108_091132.jpg


Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC). Ini merupakan kemunculan pertama versi spesifikasi Malaysia selepas versi pemanduan sebelah kiri (LHD) diperlihatkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) awal tahun ini.


Kemunculan sulung T2 versi RHD ini menandakan kesediaan Jetour untuk melancarkan model ini secara rasmi di Malaysia, yang menurut sumber, mungkin akan berlaku pada awal tahun 2026. Sebaik pelancaran itu nanti, T2 akan menyertai barisan SUV Jetour sedia ada lain seperti VT9 dan Dashing. Harga anggaran permulaan T2 diletakkan pada RM178,888. 


Hanya Satu Varian Diperkenalkan


IMG_20251108_083438.jpg


Buat masa ini, hanya satu varian Jetour T2 yang disahkan secara rasmi. Versi yang akan muncul di pasaran Malaysia itu menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan, menjana 242 hp dan tork 375 Nm. Model ini menggunakan sistem pacuan semua roda secara langsung (4WD) menjadikannya sebuah jentera dengan kemampuan untuk menempuhi laluan off-road. 


IMG_20251108_094335.jpgIMG_20251108_094514.jpg


Jetour juga dijangka akan muncul dalam varian lain yang menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) 1.5 liter pada masa akan datang. Sistem hibrid yang bakal digunakan nanti ialah Kunpeng Super Hybrid C-DM yang dibangunkan oleh Chery. 


Varian PHEV ini disematkan dengan bateri 26.7 kWj yang menjanjikan jarak elektrik penuh sehingga 129 km (WLTC) dan julat pemanduan keseluruhan yang luar biasa, mencecah 1,300 km. Penggunaan bahan apinya dijangka serendah 1.08 L/100 km.


Reka Bentuk 'Boxy' Yang Ranggi 


IMG_20251108_083107.jpgIMG_20251108_083415.jpg


Jetour T2 dibina di atas platform unibody Kunlun milik Jetour.  Model ini memiliki panjang 4,785 mm, lebar 2,006 mm, tinggi 1,870 mm, dengan jarak roda 2,800 mm. Dimensi SUV ini meletakkannya sebagai pesaing kepada GWM Tank 300.


Dari segi rekaan, T2 kelihatan ranggi dengan bentuk badan 'berkotak' atau boxy dan berotot, lengkap dengan fender yang lebar, pelindung bawah atau cladding tebal, rim 19 inci dan tayar ganti yang dipasang pada pintu but belakang.


Kabin Premium


IMG_20251108_094243.jpgIMG_20251108_094548.jpgIMG_20251108_094205.jpg

IMG_20251108_094228.jpgIMG_20251108_094213.jpg


Bahagian kabin T2 menggabungkan aura lasak dengan kemasan premium dan ciri-ciri moden. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen besar 15.6 inci, kluster instrumen digital 10.25 inci dan kerusi kulit boleh laras secara automatik.


IMG_20251108_094640.jpgIMG_20251108_094617.jpg


Gaya mewah pula diserlahkan dengan kehadiran ciri vacuum doors yang mana pintu tertutup secara lembut dengan automatik, memberikan pengalaman yang luar biasa untuk sebuah kenderaan dalam kelas SUV ini. 


Rancangan CKD Jetour Di Malaysia


Jetour Malaysia turut mengumumkan rancangannya untuk pemasangan tempatan (CKD) membabitkan pelaburan sebanyak RM560 juta dalam pembuatan dan RM216 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).  Usaha ini boleh membuka jalan untuk pemasangan tempatan model T2, membantunya bersaing dengan model import seperti GWM Tank 300 yang dijual pada harga sekitar RM250,000 dan iCar V23 EV yang dijangka bermula dari RM145,000.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB2241

SELANGOR

BSQ5146

JOHOR

JYX7317

PULAU PINANG

PSC6874

PERAK

APH8711

PAHANG

CFG6712

KEDAH

KGG3319

NEGERI SEMBILAN

NEK5516

KOTA KINABALU

SJS1879

KUCHING

QAB9310N

Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

12-02-2026
Berita Auto

09-02-2026
Berita Auto

04-02-2026
Global

23-10-2025
Global

17-09-2025
Berita Auto

26-08-2025
EV

09-05-2025
Kereta Baru

09-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.