Exeed VX PHEV Didedahkan Di China – SUV 3 Baris Ini Boleh Capai 1,300 KM!
Exeed VX C-DM PHEV didedahkan di China
Jenama premium Chery, Exeed, telah mendedahkan imej awal SUV hibrid plug-in (PHEV) flagship terbarunya, Exeed VX C-DM. Dikenali sebagai Exeed Lanyue C-DM di pasaran China, SUV tiga baris ini dijangka memasuki pasaran secara rasmi pada Mac tahun ini.
Berbeza dengan VX versi petrol, model PHEV ini dilengkapi sistem rangkaian kuasa hibrid khas Chery yang menggabungkan enjin petrol turbo 1.5 liter berkuasa 154 hp, dua motor elektrik, serta bateri pertigaan (ternary) lithium berkapasiti 34.46 kWj. Secara keseluruhan, gabungan sistem ini mampu menjana kuasa sehingga 610 hp, membolehkan SUV bersaiz sederhana besar ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa sepantas lima saat.
Gerak Jauh Dengan Penggunaan Bahan Api Minimum
Keupayaan utama VX C-DM bukan sahaja terletak pada prestasinya, tetapi juga kecekapan bahan apinya. Exeed mendakwa model ini mampu mencapai jarak pemanduan elektrik penuh sehingga 143 km berdasarkan piawaian CLTC. Dengan bantuan enjin petrol, SUV ini menawarkan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,300 km, dengan penggunaan bahan api serendah 1.5 liter bagi setiap 100 km.
Walaupun mempunyai sistem PHEV, VX C-DM masih menggunakan platform M3X, sama seperti model VX standard. Ia juga didatangkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) sebagai ciri standard.
Reka Bentuk Kekal Gagah Dengan Sentuhan Lebih Moden
Dari segi penampilan, VX C-DM masih mengekalkan reka bentuk asas model petrol VX, dengan bentuk badan SUV tiga kotak yang maskulin dan agresif. Namun, terdapat beberapa perubahan kecil seperti lampu belakang LED berbentuk ‘T’, reka bentuk multi-spoke rim baharu, serta logo khas pada pintu but belakang.
VX C-DM berukuran 5,010 mm panjang, 1,940 mm lebar, 1,800 mm tinggi dengan jarak roda 2,900 mm. Ini menjadikannya 40 mm lebih panjang dan 8 mm lebih tinggi berbanding versi petrol.
Pilihan Enam Atau Tujuh Tempat Duduk Dengan Kabin Premium
VX C-DM akan ditawarkan dalam konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk, sama seperti model VX standard. Walaupun gambar rasmi bahagian dalaman masih belum didedahkan, dijangkakan model ini akan mengekalkan ciri mewah seperti balutan kulit Nappa berkualiti tinggi, paparan besar yang merangkumi tiga skrin digital di papan pemuka, tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh lipat, bumbung panoramik besar dan sebagainya.
Harga Masih Menjadi Tanda Tanya
Setakat ini, Chery atau Exeed masih belum mendedahkan harga rasmi VX C-DM. Namun, SUV elektrik ini dijangka akan ditawarkan pada harga lebih tinggi berbanding model petrol VX, yang ketika ini dijual bermula dari CNY 193,900 (~RM127,000).
Berpotensi Tembus Pasaran Malaysia?
Di peringkat global, model petrol VX sudah pun berada di pasaran seperti Timur Tengah. Ini bermakna ada kemungkinan VX C-DM juga akan memasuki pasaran antarabangsa dalam masa terdekat.
Yang menariknya lagi, khabar angin mengenai kemasukan jenama Exeed ke Malaysia semakin ‘rancak didedangari’, terutama selepas Chery Malaysia dilihat mengiklankan jawatan baharu untuk unit perniagaan baharu mereka di LinkedIn. Jika benar, ada kemungkinan VX C-DM bakal menembusi pasaran tempatan, menjadikannya satu lagi pilihan menarik bagi peminat SUV PHEV di Malaysia.
Baca: Chery Exeed Exlantix ET EREV AWD Diperkenalkan Di China – Capai 1,500 KM!
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG3497
SELANGOR
BSF4838
JOHOR
JYA4553
PULAU PINANG
PRR4758
PERAK
ANW6434
PAHANG
CFC1277
KEDAH
KGA9315
NEGERI SEMBILAN
NEG2297
KOTA KINABALU
SJL2913
KUCHING
QAB5083L
Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras
Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.
13-06-2025
Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"
iCaur ‘menggoda’ peminat automotif dengan imej acah SUV terbarunya, iCar V27.
20-05-2025
Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara
Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara
20-05-2025
MAS 2025: Omoda C7 Dipertonton-Kini Bawah "Bumbung" Omoda | Jaecoo Malaysia
Omoda C7 ditayangkan kepada media semalam.
09-05-2025
Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025
iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.
30-04-2025
SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia
Chery buat julung kalinya, menayangkan SUV kompak terbaharunya, Omoda C3 di Wuhu, wilayah Anhui, China, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?
Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8
Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.
25-04-2025
Berita Terkini
Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini
Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.
16-06-2025
DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG
Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).
16-06-2025
Pengeluar EV China, Neta Akhirnya Bankrap? Bukan Bankrap Tapi Akan Jalani Proses Penstrukturan Semula!
Hozon New Energy dikatakan semakin "tenat".
13-06-2025
Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring
Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.
12-06-2025
Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj
Tesla Malaysia memperluaskan rangkaian pengecasan pantasnya dengan pembukaan stesen Supercharger V4 baharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam.
11-06-2025
Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian
Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.
10-06-2025
Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan
PRO- NET mengumumkan bahawa e.MAS 7 terus menjadi model EV No.1 di Malaysia, apabila 3,632 unit terjual setakat 31 Mei lalu.
06-06-2025
Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas
Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.
06-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat