Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PBD Menang Anugerah Platinum Jenama Putra 2020

Suhana Veru

Kongsi melalui

Petronas Dagangan Berhad (PBD) merangkul sekali lagi Anugerah Platinum Jenama Putra di bawah kategori Bahan Api Automotif, Pelincir dan Aksesori untuk tahun ke- 11 secara berturut-turut dalam satu majlis anugerah berprestij  yang diadakan baru- baru ini.


Syarikat itu berjaya meraih kemenangan secara berturut-turut berikutan penambahbaikan berterusan terutamanya dalam bahan api Petronas Primax dan bahan pelincir Petronas Syntium sekali gus menyakinkan pelanggan terhadap jenama berkenaan sejak bertahun-tahun. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai  Eksekutif PBD, Azrul Osman berkata, pihaknya komited untuk menawarkan produk dan tawaran lebih bermutu bagi memenuhi keperluan pelanggan pada masa ini dan akan datang bagi memastikan Petronas kekal menjadi pilihan. 

“Di PBD, misi kami adalah memberikan pengalaman lancar selain mengurangkan geseran kepada para pelanggan,” katanya.

Menerusi pengenalan  Petronas Primax  97 dengan Pro-Race, ia dikatakan adalah antara bahan api terbaik syarikat yang direka bentuk untuk memenuhi permintaan enjin berteknologi tinggi pada masa kini sekali gus memberikan prestasi lebih berkuasa, responsif dan efisien. 

Tambah beliau, prestasi produk tersebut telah dibuktikan  para pelanggannya menerusi satu siri ujian yang dijalankan dimana mereka bersetuju bahawa Petronas Primax 97 dengan Pro-Race merekodkan prestasi yang luar biasa  berbanding bahan api premium yang lain di pasaran. 

“Gabungan Primax dan Syntium Petronas yang memenangi anugerah itu telah digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula One Mercedes -AMG Petronas untuk memenangi kategori Pengeluar Kejohanan Formula One buat kali ketujuh pada tahun 2020,” katanya.

Malah, bendalir Teknologi Petronas juga mengandungi di dalam rangkaian produk pelincir. Formulasi yang baru dibangunkan itu dicipta khas untuk Petronas Syntium dan Petronas Sprinta bagi memenuhi perubahan keperluan pemanduan pelanggan dan enjin.  

Malah, pelincir baharu Petronas Syntium yang diformulasikan dengan CoolTech dibangunkan seiring dengan pemanduan yang lebih moden.

Ia direka untuk meningkatkan keupayaan  rangkaian enjin minyak bagi mengurangkan kepanasan enjin berlebihan selain mengoptimumkan kecekapan bahan bakar dengan memastikan komponen enjin sentiasa sejuk. 



Gallery

Tag:

Petronas
Primax
Petronas Primax
Petronas Syntium
Petronas Dagangan Berhad
PBD
Putra Brand Awards
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto

Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas

PETRONAS mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).

01-04-2025
Berita Auto

PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights

Tiada mana-mana stesen minyak Petronas terbakar.

01-04-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

04-11-2024
Berita Auto

Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini

Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.

06-03-2024
Berita Auto

Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS

PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1).

02-02-2024
EV

Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...

29-12-2023
Berita Auto

Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan

Sesi perkongsian eksklusif bertemakan ‘Success on the Fast Lane’ antara pelumba Formula One (F1), George Russell, dengan para pelajar daripada lima universiti terkemuka Malaysia.

29-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026