- Berita
- Berita Auto
- Toyota Bolot 5 Anugerah Grand Pix Asean NCAP KE-4
Toyota berjaya membolot lima kategori berkaitan pengeluar kenderan dan kenderaan bermotor pada Anugerah Grand Prix Asean NCAP yang diadakan buat keempat secara dalam talian pada minggu lalu.
Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, pihaknya bersungguh untuk mempertingkatkan teknologi keselamatan dan dalam kenderaan yang dikeluarkan secara berterusan.
“Ia adalah sebahagian usaha untuk mengeluarkan kenderaan yang lebih selamat dengan menitikberatkan tiga ciri utama iaitu memajukan teknologi keselamatan, mendidik pemandu, penumpang dan pejalan kaki selain persekitaran trafik yang lebih selamat,” katanya.


Syarikat pengeluar kenderaan itu memenangi lima daripada 12 kategori dalam anugerah itu dimana model Corolla, Altis, Hilux dan Innova menerima Anugerah Kecemerlangan, manakala Majesty/Granvia diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Prestasi Keselamatan Terbaik Bagi Sistem Bantuan Keselamatan.
Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, semua anugerah yang diterima itu mengesahkan bahawa pendekatan jenama Toyota Synergised Mobility mampu menjadikan kereta keluaran Toyota menjadi lebih baik.
"Hari ini, kebanyakan model Toyota di Malaysia telah dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSM) iaitu sebuah konsep Pengurusan Keselamatan Bersepadu yang berfungsi dalam kelancaran operasi kenderaan.
“Sistem ini beroperasi secara bersepadu dari pelbagai peringkat iaitu bermula dari parkir hingga kepada keselamatan canggih, keselamatan pra-perlanggaran, keselamatan pertembungan dan penyelamat,” katanya.

ASEAN NCAP merupakan usaha sama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Global NCAP. Ia yang ditubuhkan pada 2011 adalah penanda aras baru bagi keselamatan kenderaan di negara-negara ASEAN.
Sejak 10 tahun lalu, ASEAN NCAP menumpukan perhatian kepada model kenderaan popular yang dijual di negara Asia untuk menyediakan maklumat prestasi keselamatan kenderaan kepada pengguna.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
