Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif.  Syarikat gergasi yang mengeluarkan produk teknologi komunikasi dan informasi (ICT) ini dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Changan Automobile yang merupakan entiti kerajaan China dan juga BAIC Group untuk mendapatkan bantuan mereka dalam penghasilan kereta ini nanti. 

Berdasarkan tiga daripada empat sumber yang diterima, Huawei sudah pun memulakan kerja-kerja dalaman yang melibatkan penghasilan reka bentuk kereta elektrik (EV) di samping mendekati pembekal-pembekal di negara China.  Sumber yang sama turut mendedahkan bahawa Huawei merancang untuk melancarkan projek ini seawal hujung tahun nanti. 



Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu juga dilihat mula memberikan perhatian yang penuh kepada industri pembangunan EV.  Kereta elektrik baharu yang bakal dikeluarkan nanti akan disasarkan kepada segmen pasaran umum. 

Buat masa ini, Huawei terlibat dengan aktif dalam penghasilan sistem infotainmen, pelbagai jenis sensor dan juga teknologi komunikasi 5G.  Teknologi ini telah pun digunakan dalam beberapa buah kereta keluaran BYD dan SAIC dari negara China. Huawei turut menjalankan kerjasama dengan syarikat lain dalam pembangunan pelbagai teknologi kenderaan pintar yang lain seperti Daimler, General Motors, dan SAIC.



Baru-baru ini, Huawei telah dianugerahkan dengan sekurang-kurangnya empat paten EV. Menurut rekod rasmi paten China, antara yang telah berjaya dipatenkan ialah alat untuk pengecasan antara kereta elektrik dan juga untuk pemeriksaan kesihatan bateri. 


Daripada kebanyakan syarikat pengeluar produk ICT dan elektronik lain yang mendapat liputan tentang penglibatan mereka dalam dunia automobil, hanya Sony yang dilihat telah menghasilkan kereta prototaip yang berfungsi, hasil kerjasama mereka dengan pembekal-pembekal dari negara Eropah. Walau bagaimanapun pihak Sony berkata, EV tersebut hanyalah dihasilkan untuk menguji sebarang kemungkinan tentang pembangunan teknologi di masa hadapan. Buat masa ini, mereka tidak merancang untuk terlibat dalam industri automotif. 


Gallery

Tag:

ELECTRIC VEHICLES
huawei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

BMW, Millennium Welt Sediakan Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Di Gamuda Gardens, Rawang

BMW Group Malaysia dan Millennium Welt telah melancarkan dua stesen pengecasan baharu.

28-02-2022
EV

Honda Bina Kilang Khas Untuk Pengeluaran EV.

Kilang tersebut akan dibina di Zon Pembangunan Ekonomi Wuhan di wilayah Hubei, China.

18-02-2022
Berita Auto

Makin Ramai Beli Kereta Elektrik Di UK, Tapi Masih Ada Yang Ragu Untuk Beli. Kenapa?

UK menerima permintaan kereta elektrik yang tinggi, tapi masih ramai yang ragu untuk beli sebab...

25-05-2021
Berita Auto

Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?

Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.

07-05-2021
Berita Auto

Berita Baik Atau Buruk? Pentadbiran AS Akhirnya Meluluskan Permohonan Lesen Huawei

Pentadbiran AS telah meluluskan permohonan lesen Huawei untuk membeli cip bagi mengembangkan perniagaan komponen automotif.

02-09-2021
Berita Auto

Huawei Bakal Bangunkan Cip Semikonduktor Dan Dalam Proses Menghasilkan Kereta Elektrik!

Kebanyakan pengeluar kereta kini menanggung kerugian besar gara-gara mengalami kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan industri automotif. Malah, bekalan semikonduktor yang terhad ketika ini menyebabkan pengeluaran beberapa model terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

29-06-2021
Berita Auto

Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?

Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.

07-05-2021
Berita Auto

Arcfox Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Mengalahkan Tesla Dengan Alpha S Series Smart Car

Arcfox mengumumkan pengeluaran model kereta kedua mereka, Alpha S serta Alpha S Hi yang dibangunkan hasil kerjasama dengan syarikat gergasi Huawei

20-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026