- Berita
- Berita Auto
- Mangsa dikatakan hanya cedera
Seorang pemandu cedera apabila kereta Myvi yang dinaikinya hilang kawalan sebelum “terbang” sejauh 50 meter di Bulatan Jalan Indah, Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
Dalam kejadian pukul 3 pagi, Myvi berwarna putih itu dilihat bergerak lurus sebelum merempuh pokok bunga lalu melintasi sebuah longkang besar di seberang saliran.
Rempuhan yang kuat menyebabkan kenderaan itu “terbang” sejauh 50 meter dan kemudian melanggar sebatang pokok menyebabkan ia terhenti di situ.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa yang berusia 27 tahun itu hanya mengalami cedera di bahagian muka, tangan dan kaki kiri.
“Hasil siasatan mendapati, punca kemalangan berlaku akibat pemandu hilang kawalan ketika memasuki bulatan.
“Mangsa tidak mabuk dan tidak berada dalam pengaruh dadah,” katanya.
Ketika kejadian, beliau berkata, jalan dua lorong sehala itu dilihat kering serta berlampu.
“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala, kenderaan itu kemek di bahagian hadapan, bonet dan beberapa lagi kerosakan,” katanya.
Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan kejadian Myvi 'terbang' di sekitar ibu kota.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans.
Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

