Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Seorang maut manakala, semua banduan selamat

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah trak polis yang membawa  banduan terbakar  di Kuala Krai di Demit, Kelantan pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Khalis Mifzal Mohd Kamal, 21, yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan trak polis.


 Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang datang dari arah Kubang Kerian ke Kampung Demit melanggar belakang sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Mangsa kemudian didapati masuk ke jalan bertentangan sebelum bertembung dengan trak polis.

“Mangsa yang cedera parah akibat digilis meninggal dunia di tempat kejadian, manakala motosikal miliknya didapati terperosok di bawah trak menyebabkan berlaku kebakaran,” katanya.


Trak polis itu yang dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ke penjara Kuala Krai membawa kira-kira 29 banduan.

Bagaimanapun, kesemua banduan berjaya diselamatkan sebelum api semakin marak. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain meminta saksi kejadian tampil untuk memberi keterangan berhubung kejadian untuk membantu siasatan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026