Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hasil Kenderaan Elektrik Baharu MINI, Kemungkinan Dikenali Sebagai The Aceman?

Suhana Veru

Kongsi melalui

MINI yang baharu sahaja mengumumkan mengenai matlamatnya yang mahu menjadi kenderaan elektrik (EV)  sepenuhnya menjelang tahun 2030 membuat keputusan untuk memperkenalkan kereta pembakaran enjin terakhirnya pada tahun 2025.

Bagaimanapun, masih tidak pasti bagaimana langkah itu akan mempengaruhi barisan kenderaan yang sedia tetapi khabar angin menyatakan bahawa MINI berkemungkinan merancang untuk menghidupkan kembali papan nama sejarahnya,  menurut Pejabat Paten dan Tanda Dagangan (DPMA) Jerman.


Satu pemfailan dibuat oleh BMW, syarikat induk MINI dengan memperkenalkan nama Aceman pada 4 April lalu.

Apa yang perlu diingatkan adalah MINI pernah menjual sebuah Paceman crossover kecil yang memiliki dua pintu. 

Namun tidak jelas sama ada ia disebabkan kesalahan ejaan atau ia sememangnya model MINI baharu tetapi terdapat kemusykilan bahawa ia kelihatan lebih condong bagi sebuah kereta baharu.

Oleh itu, MINI dilihat telah menghentikan Paceman sejak beberapa tahun lalu memandangkan SUV dua pintu itu tidak laris di mana-mana pasaran sekali gus tidak mungkin Aceman akan menjadi SUV dua pintu tetapi ia mungkin akan menjadi model sedan MINI yang dikhabarkan selama ini.

Malah, desas-desus juga mengatakan bahawa MINI sedang menjalankan ujian sebuah prototaip Aceman untuk generasi kenderaan elektrik yang akan datang.

Aceman itu dijangka akan menjadi sebahagian daripada barisan kenderaan elektrik memandangkan Cooper SE ketika ini merupakan satu-satunya model yang didaftarkan dalam senarai EV itu.

Sebaliknya, kami menjangkakan bahawa ia akan berubah dalam masa terdekat ini.


Gallery

Tag:

MINI
MINI ACEMAN
DPMA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
EV

Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.

24-02-2025
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

08-10-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.

26-08-2024
Kereta Baru

Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI

Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.

01-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026