Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ibu Maut, Anak Parah Dirempuh Hilux Laju Melanggar Lampu Merah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Seorang wanita maut manakala anaknya pula mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh Toyota Hilux yang hilang kawalan di persimpangan Jalan Temenggong Ahmad dI Parit Keroma, Muar pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata insiden pada jam 7.46 pagi itu menyebabkan kematian seorang ibu berusia 41 iaitu Norain Abu Samah kerana cedera parah di bahagian badan.


"Sementara, anak Norain, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah, manakala 14 mangsa lain tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu Gui Chui, 69, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar memandu dengan kelajuan yang tinggi.

"Dia juga tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang baru bergerak selepas lampu hijau," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sebuah video rakaman berdurasi 23 saat tular di media sosial menunjukkan detik-detik kemalangan ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata dalam operasi menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kejadian ini, seramai 13 orang anggota bomba telah dihantar, sebuah jentera LFRT, sebuah jentera EMRS dan dua unit RIM daripada  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar telah digunakan. 

Menurutnya juga, kemalangan ini membabitkan lima buah kenderaan iaitu  pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Perodua Myvi, Nissan Grand Livina, Econovan dan sebuah van jenis Toyota Hiece.

Ketika kejadian, lampu isyarat berfungsi dengan baik dengan keadaan jalan yang kering di samping cuaca yang baik. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tag:

Toyota Hilux
Perodua Myvi
kemalangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026