Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KKM Mengambil Keputusan Itu Memandangkan Kes Harian Semakin Meningkat Dan Belum Stabil

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hasrat rakyat Malaysia untuk melakukan pergerakan rentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, berkemungkinan besar tidak akan tertunai memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan supaya ia ditangguhkan. 

Keputusan itu dibuat selepas KKM melihat penularan wabak Covid-19 masih berada di tahap membimbangkan.


“KKM mencadangkan pergerakan rentas negeri ditangguhkan memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan.

“Malah, terdapat varian baharu dalam komuniti yang menyebabkan jangkitan Covid-19," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Pada Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan bahawa KKM perlu membuat pengumuman lebih awal berhubung rentas negeri sempena perayaan Aidilfitri ini.

Ketika ditanya sama ada individu yang  telah  menerima kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan pengecualian untuk merentas negeri sempena perayaan tersebut,.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

“KKM masih menunggu lagi keputusan itu bagi menjelaskan kepada kami sama ada individu yang telah menerima kedua-dua dos boleh dibenarkan rentas negeri atau tidak,” ujarnya.

Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untuk mereka bertugas.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026