Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Langkah itu diambil bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menyedari kesesakan lalu lintas terutamanya pada musim puncak di pusat pelancongan tanah tinggi, Cameron Highlands, Pahang menyebabkan kerajaan tampil dengan cadangan untuk melaksanakan projek laluan pintas di kawasan itu.

Menurut media tempatan. kerajaan akan membentangkan hasil  kajian berhubung pembinaan jalan pintasan itu selewat-lewatnya pada  September ini.

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya (JKR), Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman sebagai berkata, kajian itu membabitkan laluan, jarak serta kos pembinaan termasuk beberapa aspek lain.

Setakat ini pihak perunding mengemukakan tiga cadangan laluan alternatif, namun semua itu masih pada peringkat perbincangan membabitkan pelbagai perkara.

"Bagi laluan alternatif ia akan membabitkan laluan sedia ada, namun akan dinaik taraf dengan membesarkan jalan, selain menyediakan jalan pintasan di kawasan tertentu.

"Bagaimanapun, tiga laluan dicadangkan itu masih boleh diubah, mungkin sebahagian laluan A, kita akan guna separuh sebelum diteruskan ke laluan B. Ini mengikut kesesuaian berdasarkan hasil kajian dan pelaksanaan projek akan dilakukan JKR,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke 11 tapak cadangan laluan bagi Kajian Kesesakan Lalu Lintas Cameron Highlands.

Tambah beliau, ,sebarang keputusan lanjut berhubungi projek itu hanya akan dibuat selepas kajian yang mengambil masa lebih setahun itu diteliti JKR.

“Kajian ini juga akan dibentangkan kepada kerajaan negeri dan Pusat bagi kelulusan untuk dimuktamadkan berkaitan tanah.

“Kerajaan negeri berharap projek ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku di kawasan pelancongan itu sehingga menimbulkan rungutan orang ramai,” ujarnya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026