Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kawalan ketat sempena ketibaan bulan Ramadan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menjelang bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari lagi, mungkin ada yang mahu cuba untuk  merentas negeri bagi menyambut awal Ramadan bersama ahli keluarga di kampung halaman, namun orang ramai dinasihatkan supaya melupakan hasrat itu.


Ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan sekurang-kurangnya 35 sekatan jalan raya di setiap pintu masuk dan keluar termasuk sempadan negeri di seluruh negara.

Tindakan itu diambil kerana PDRM yakin orang awam akan berbuat demikian  memandangkan rakyat tidak dibenarkan merentas negeri untuk meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitiri disebabkan peningkatan kes Covid-19 pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran pada awal Ramadan ini.

“Pihak polis akan mengadakan kawalan ketat di semua sempadan negeri kerana kami yakin  ramai yang akan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung pada awal Ramadan. 

Jadi, PDRM akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas. Sekiranya anggota polis mengesan ada yang cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi, PDRM akan ambil tindakan terus,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Satu Taman Satu Polis Dan Fokus PDRM Kontinjen Melaka 2021 di Bukit Beruang, Melaka semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sebaliknya tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa PDRM akan meningkatkan jumlah sekatan jalan raya sekiranya kes Covid-19 meningkat dalam beberapa minggu lagi.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026