Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prihatin Nasib Rakyat, Kerajaan Tangguh Kenaikan Harga Tol

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol sehingga 31 Disember yang akan datang.  

Menurut Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof, keputusan ini diambil selepas melihatkan peningkatan kos sara hidup rakyat disebabkan pandemik Covid-19.


Penangguhan kenaikan ini adalah melibatkan tiga buah lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan pada 1 Januari yang lepas iaitu Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Lebuh raya Lembah Kelang Selatan (SKVE).

"Selain itu, terdapat lebuh raya dan plaza tol yang diteruskan penangguhan kenaikan kadar tol kerana diberi penangguhan sebelum ini, merangkumi 21 lebuh raya dan satu plaza tol bagi semua kelas kenderaan.

"Antaranya Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex).

"Satu lebuh raya dan dua plaza tol pula diberi penangguhan bagi kenderaan kelas 1 dan kelas 5 sahaja, manakala satu lebuh raya dan tiga plaza tol ditangguhkan kenderaan kelas 5 sahaja.

"Satu lagi lebuh raya ditangguhkan kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 sahaja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penangguhan kenaikan harga tol ini menyebabkan kerajaan perlu menanggung pampasan dalam sekitar RM2.25 bilion. Dalam masa yang sama, rundingan untuk menstrukturkan semula kadar tol dengan syarikat konsesi sedang giat dijalankan yang mana Jemaah Menteri bersetuju untuk mendapatkan keputusan muktamad sebelum 2023. 

"Kabinet bersetuju untuk ia dimuktamadkan sebelum 2023. Anggaran pampasan ini adalah berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses pengesahan trafik dilakukan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)," katanya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026