Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rolls-Royce Dan Arkitek Jepun, Kengo Kuma Bekerjasama Menghasilkan Bespoke Dawn

Suhana Veru

Kongsi melalui

Rolls-Royce Motor Cars dan arkitek Jepun, Kengo Kuma berusaha untuk membawa dunia industri automotif dan rekaan seni bina mewah dengan memperkenalkan buat julung kalinya, Bespoke Rolls-Royce Dawn.


Bagaimanapun, kitu adalah hanya eksklusif untuk pemilik rumah penthouse, The Kita Tea House yang terletak berhadapan dengan Stadium Negara dan  Tokong Meiji iaitu berhampiran tengah-tengah hutan besar. 

Cabaran hubungan The Kita adalah antara dalaman dan luaran dimana bahagian bumbung fabrik yang boleh dibuka itu dilitupi dengan kanvas semula jadi.

Dari sudut dalaman pula, ia bercirikan sebuah ruang yang amat peribadi daripada dunia luar.

Ini adalah sesuatu yang amat penting untuk memastikan kenderaan ini mencerminkan “The Kita” dari sudut material,  palet warna, permukaan dan persekitarannya.

Ini membolehkan residen dapat merasakan perubahan suasana dan nilai estitika dari kediaman mereka ke dalam kenderaan ini.

Bahagian luaran kereta ini dihiasi dengan warna Silver Haze, ia merupakan padanan warna dengan struktur kediaman mewah itu.


Di bawah pancaran matahari, ia akan berkilauan seolah-olah warna gangsa iaitu sama dengan warna  yang terdapat di luar bangunan itu.

Kemasan warna silver dan garis hitam yang ada pada kenderaan ini sekali gus menonjolkan lagi penampilan keseluruhan jentera mewah ini.

Menjengah ruang dalaman dan luarannya, ia dihiasi dengan panel pori terbuka Royal Walnut yang terdapat terdapat di deck belakang dimana ia juga menghiasi bahagian masuk lobi kediaman mewah itu. 

Kabin dalamannya dihiasi dengan kulit  Selby Grey sekali gus menyerlah dengan lantai kediaman itu yang berwarna aksen putih Arctic dan hitam.

“Ini adalah kali pertama saya terlibat dalam projek seumpama ini. Saya bangga kerana dapat berbuat demikian untuk Rolls-Royce, sebuah syarikat yang amat saya segani dari segi kehalusan kerja tangannya.

“Rolls-Royce telah menggarap intipati The Kita ke dalam nilai estetika kereta ini sekali gus membolehkan pemil The Kita Tea House dapat menyelami suasana bandar. Ini adalah satu penghormatan  besar apabila menyaksikan kereta ini akhirnya berada di Tokyo,” ujar Kengo Kuma


Sementara itu, pengasas Westbank, Ian Gillespie menyifatkan Bespoke Dawn adalah kecantikan tambahan ke dalam hasil kerja pasukannya.

“Pengaruh Kuma pada Rolls-Royce Dawn dilihat telah mewujudkan ketenangan dan keindahan seperti mana yang diciptakan di The Kita Tea House dimana ia pasti akan meninggalkan memori kepada individu tersebut,” katanya.


Gallery

Tag:

Rolls Royce
Rolls Royce Bespoke Collective
Rolls Royce Bespoke Dawn
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-03-2024
Global

14-01-2024
Global
Global

06-10-2023
Global

07-03-2023
Global

03-12-2022
Global

18-10-2022
Global

08-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026