Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta wanita Dirompak Di Sebuah Lampu Isyarat, Rakyat Bersatu Hati Bantu Tangkap Perompak

Suhana Veru

Kongsi melalui

Satu klip video yang tersebar meluas di media sosial menunjukkan seorang wanita yang menaiki sebuah Honda City dirompak di sebuah lampu isyarat berhampiran Sri Petaling.

Bagaimanapun, empat individu yang menaiki kenderaan secara berasingan berjaya menangkap suspek dimana kejadian itu dilaporkan berakhir di Jalan Klang Lama.

Berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam), kejadian itu berlaku sekitar 2 petang pada Selasa lalu.


Mangsa yang merupakan seorang wanita Cina dilihat memandu kereta  Honda City dan berhenti di sebuah lampu isyarat sebelum suspek secara tiba-tiba membuka pintu belakangnya dan terus menyelinap masuk dari belakang kereta.

Wanita itu berkata, pintu keretanya tidak ditutup. Dia yang terperanjat dengan kemunculan lelaki itu mengambil keputusan untuk terus keluar dari kenderaan tersebut.

Suspek kemudian dilihat melangkah masuk ke bahagian hadapan sebelum memecut kenderaan itu ke arah Jalan Klang Lama.


Menyedari kejadian itu, empat pemandu lain dilihat lantas mengejar kereta suspek sebelum berjaya menghentikan kenderaan suspek.

Klip video berkenaan turut menunjukkan keempat-empat kenderaan itu menghalang kereta suspek dari arah hadapan, belakang dan sisi.

Rakaman sama turut menunjukkan seorang lelaki Cina segera meluru keluar dari kenderaannya ketika suspek memberhentikan kenderaannya dan menarik suspek keluar dari Honda City itu.


Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji tindakan berani lelaki Cina yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan kenderaan individu yang tidak dikenalinya.

Dalam perkembangan sama, individu kedua yang merupakan seorang lelaki Melayu dilihat memandu sebuah Proton Exora, dipercayai membantu wanita Cina itu untuk mengejar keretanya.

Sebaik suspek ditahan, lelaki Melayu mengiringi mangsa masuk ke dalam keretanya dan turut menenangkan wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian yang berlaku dalam sekelip mata.


Tidak lama kemudian, seorang lelaki India dilihat turut berada di tempat kejadian. 


Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis, manakala suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.

Kejadian ini menjadi satu gambaran jelas mengenai semangat rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Di sebalik kejadian ini, anda dinasihatkan untuk memastikan keselamatan ketika memandu. Jangan lupa untuk kunci pintu sebaik anda masuk ke dalam kenderaan.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Jadi, sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026