Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Seorang Lelaki Maut Dalam Keadaan Tragik

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kereta yang dipandunya itu secara tiba-tiba disambar petir.

Insiden yang berlaku di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, Kota Bahru petang tadi menyebabkan kereta mangsa jenis Proton Iswara Aeroback terbelah dua, manakala sebahagian badan mangsa turut dilaporkan hancur gara-gara tercampak keluar 20 meter dari lokasi kejadian.


Menurut beberapa media tempatan, kenderaan berkenaan yang disambar petir  itu  secara kebetulannya turut membawa mercun bola.

Kejadian mengerikan itu menyebabkan ledakan kuat sehingga menyambar beberapa buah kenderaan lain. Setakat ini, empat mangsa lain dilaporkan cedera. 


Semua mangsa  dikejarkan  ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, gambar-gambar yang tersebar meluas di Facebook turut menunjukkan beberapa mangsa dilihat berlumuran dengan darah manakala lima kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian turut terbakar.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa letupan kuat itu juga berpunca akibat kenderaan itu membawa mercun bola.

“Pihak bomba menemui serpihan mercun di tempat kejadian. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan,” katanya.

Sementara itu, beberapa saksi kejadian menyifatkan dentuman kuat itu seolah-olah sebuah letupan bom.

Insiden itu disifatkan antara kejadian paling buruk di kawasan berkenaan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026