Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cubaan Balik Raya Gagal, Kebanyakan Pemandu Diarahkan Patah Balik Gara-Gara Tidak Mempunyai Surat Kebenaran Polis.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Cubaan warga kota untuk pulang beraya gagal apabila sebanyak 4,961 kenderaan  diarahkan patah balik kerana didapati cuba merentas daerah dan negeri tanpa mendapatkan surat kebenaran polis.


Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar.


Beliau berkata, sebanyak 4,961 kenderaan diarahkan patah balik gara-gara gagal mengemukakan surat kebenaran polis untuk merentas negeri dan daerah ketika pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di seluruh negara baru-baru ini.

“Berdasarkan data yang diperoleh, bilangan kenderaan diarahkan patah balik ialah sehari sebelum hari raya iaitu sebanyak 1,637 buah kereta.

“Pada hari raya pertama pula, sebanyak 1,107 kenderaan diarahkan patah balik. Bagaimanapun, jumlah itu dilihat meningkat semula  kepada 1,138 kereta pada hari raya kedua dan 1,079 kereta pada hari raya ketiga,” katanya.


Ini bermakna, secara keseluruhannya sebanyak 4,961 kenderaan diarahkan  berpatah balik sejak Rabu hingga Sabtu lalu.




Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya juga telah menerima sebanyak 119,705 permohonan untuk merentas negeri dan daerah sepanjang empat hari itu.



“Sebanyak 113, 048 daripada jumlah itu (119,705) permohonan telah diluluskan manakala, 6,657 permohonan  pula ditolak atas alasan yang tidak munasabah,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya  mematuhi arahan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Pihak polis juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang didapati melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.



Tag:

mco
#PDRM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kerajaan kini membenarkan tiga orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh PKP.

Kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan tiga individu berada di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing mulai esok.

11-05-2021
Berita Auto

Pastikan Patuhi SOP! Empat Sekatan Jalan Raya Di Daerah Petaling

Empat sekatan jalan raya akan dikekalkan oleh pihak polis berikutan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) di Selangor termasuk daerah Petaling yang telah berkuat kuasa mulai semalam hingga 17 Mei depan.

07-05-2021
Berita Auto

Ibu Bapa Boleh Rentas Negeri Hantar Anak Sekolah

Ibu bapa jangan gusar hantar anak ke sekolah.

25-02-2021
Berita Auto

Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis

Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.

11-04-2024
Berita Auto

Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.

15-11-2022
Berita Auto

Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"

Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.

14-11-2022
Berita Auto

Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT

Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.

09-11-2022
Berita Auto

Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis

Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.

09-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026