Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lesen L Tamat? Bayar Serendah RM2 Untuk Lanjutkan Hingga 11 Nov Ni! Dengan Syarat...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan lanjutan tempoh bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) selama sembilan bulan  bermula daripada 11 Februari sehingga 11 November nanti. 


Menurutnya, untuk mendapat tempoh lanjutan ini, pemilik LDL perlu membuat salinan lesen tersebut dengan bayaran sebanyak RM10 sekiranya lesen sudah tamat tempoh melebihi dua tahun atau pun sekiranya tamat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tarikh yang akan dicetak pada LDL adalah tarikh transaksi dilakukan dan tamat pada 11 November ini (melebihi tempoh tiga atau enam bulan).


Suasana sebuah sekolah memandu di Malaysia

"Jika tarikh tamat lesen LDL lebih dua tahun (sebelum 13 Januari atau selepas 11 November ini), pemilik tidak layak menerima penyelarasan baharu PKP dan perlu membuat permohonan baharu LDL.

"Mereka juga perlu mengulangi semula Latihan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03 serta menduduki kesemua Ujian Bahagian I, II dan III.


Ujian KPP 1, 2 & 3 perlu diulangi sekiranya tidak layak


Ujian mendaki bukit adalah bahagian yang paling menyeramkan ramai pelajar

"Pemilik LDL B2 Tunggal dibenarkan untuk transaksi memperbaharui lesen dengan bayaran RM2 bagi tempoh tiga bulan jika LDL berbaki dua tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mengulas lanjut mengenai pengumuman lanjutan tempoh lesen ni, tindakan ini diambil ekoran pelaksanaan PKP yang telah diadakan pada 13 Januari lalu.


PKP 2.0 pada 13 Januari lalu

Ketika PKP diadakan, operasi Pusat Latihan Memandu atau Institut Memandu (IM), E-hailing Operator (EHO) dan Pusat Ujian Komputer (e-Khidmat) yang melibatkan aktiviti latihan dan ujian tidak boleh dilakukan sama sekali. 

Pada 11 Februari, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pengoperasian semula sekolah memandu, namun pihak pengurusan perlu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan MKN dipatuhi. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Lagi Kereta Masuk Dalam Tasik, Wanita Maut, Anak Terselamat

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam tasik.

21-07-2025
Berita Auto

Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah

Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.

21-07-2025
Berita Auto

Bas IPT, SBP Juga Akan Diwajibkan Guna Tali Pinggang Keledar?

JPJ bakal memperketat penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh seluruh negara.

21-07-2025
Berita Auto

Budak 11 Tahun, Pemegang Kad UNCHR, Pandu Kereta Ibu Sebelum Terbabas

Baru 11 tahun sudah berani memandu kereta. Padahnya? Kereta dipandu terperosok ke dalam longkang.

21-07-2025
Berita Auto

Pempengaruh Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini

Sanggup menyusahkan pihak berkuasa demi kepentingan diri.

19-07-2025
Berita Auto

Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang.

19-07-2025
Berita Auto

Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.

19-07-2025
Berita Auto

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025