- Berita
- Berita Auto
- Lima Pemandu Selamat Walaupun Kenderaan Yang Dinaiki Mereka Remuk Teruk
Lima Pemandu Selamat Walaupun Kenderaan Yang Dinaiki Mereka Remuk Teruk
Lima individu bernasib baik kerana terselamat apabila kereta yang dinaiki mereka secara berasingan remuk teruk dalam satu kejadian di Jalan Loke Yew, menghala ibu negara semalam.

Kemalangan tersebut melibatkan lima buah kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, Toyota Hilux, Lexus dan Perodua Myvi.

Insiden itu melibatkan lima lelaki dewasa dimana tiga daripada mangsa dilaporkan stabil manakala, seorang mangsa patah kaki dan seorang lagi didapati tersepit di dalam sebuah lori satu tan.

Bagaimanapun, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sebaik pasukan bomba tiba di tempat kejadian.
Menurut media tempatan kesemua mangsa dihantar ke dua buah hospital berasingan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL ) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Beberapa gambar yang tular di Facebook menunjukkan kelima-lima kenderaan itu remuk teruk di bahagian hadapan dan belakang dalam kemalangan yang boleh meragut nyawa mereka.

Sementara itu, Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) mengesahkan kejadian itu.
“Pemandu lori satu tan itu dipercayai terbabas menyebabkan mangsa melanggar pembahagi jalan.
“Ini menyebabkan empat kereta lain turut hilang kawalan menyebabkan kesemua kenderaan itu terlibat dalam kemalangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/