Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lockdown: Berapa Orang Boleh Naik Satu Kereta?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapakah bilangan individu yang boleh menaiki sesebuah kenderaan selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Total Lockdown pada Jumaat lalu.

Ini jawapannya!


Hanya dua wakil isi rumah dibenarkan menaiki kenderaan persendirian sepanjang tempoh penutupan penuh atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama yang akan dikuatkuasakan mulai esok.

Perkara itu disahkan oleh  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Bilangan penumpang dalam teksi dan perkhidmatan e-hailing juga dihadkan kepada dua individu sahaja termasuk pemandu dan penumpang.  

Menerusi prosedur operasi standard baharu, penumpang disyaratkan duduk di kerusi penumpang bahagian belakang.


Sementara itu, bagi tujuan perubatan atau kecemasan pula,  Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk membenarkan  tiga orang termasuk pemandu  menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing.

“Kapasiti tiga orang itu hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan seperti janji temu hospital namun mereka perlu mengemukakan surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan tadi.


Terdahulu, kerajaan membenarkan tiga orang daripada satu keluarga berada dalam sebuah kereta ketika keluar rumah bermula 12 Mei hingga 7 Jun berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali ketiga (PKP 3.0).

Bagaimanapun, arahan tiga orang dalam satu kereta itu terbatal dengan serta-merta selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan total lockdown bagi mengekang penularan Covid-19.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026