Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan kini membenarkan tiga orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh PKP.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik kepada anda semua! 

Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan  memberi kelonggaran dengan membenarkan tiga individu berada di dalam  kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing mulai esok. 


Ini bermakna, selain pemandu hanya dua penumpang maksimum dibenarkan berada di dalam sebuah kenderaan.

Bagaimanapun, bagi kenderaan yang membawa dan kenderaan perdagangan, jumlah penumpang dikatakan bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

Maka, tiada sebarang perubahan untuk kenderaan perdagangan.

Di sebalik peningkatan kes Covid-19 sejak April lalu, kerajaan  membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara selain mengambil beberapa langkah tegas  yang akan dikuatkuasa mulai esok hingga 7 Jun depan.


Langkah itu diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak dan bertujuan untuk menghalang kenaikan kes wabak itu secara mendadak.

Oleh itu, kerajaan menguatkuasa larangan rentas daerah dan negeri kecuali  untuk tujuan perubatan, kematian, kecemasan, temujanji vaksin atau pasangan jarak jauh.


Orang ramai juga tidak dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan rekreasi kecuali aktiviti jogging dan senaman di kawasan terbuka.

Dalam pada itu, semua institusi ditutup, kerajaan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah, ziarah  rumah ke rumah dan ziarah ke kubur sempena Hari Raya Aidilfitri juga tidak dibenarkan.


Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk tidak membenarkan aktiviti dine-in (makan dalam restoran) selain mengehadkan jumlah  jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau.


Untuk makluman semua, PKP sekali lagi dilaksanakan buat kali ketiga di negara kita selepas julung kalinya diperkenalkan pada 18 Mac tahun lalu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa penjarakan fizikal, memakai topeng muka dan mematuhi prosedur operasi standard.


Tag:

mco
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cubaan Balik Raya Gagal, Kebanyakan Pemandu Diarahkan Patah Balik Gara-Gara Tidak Mempunyai Surat Kebenaran Polis.

Cubaan warga kota untuk pulang beraya menemui kegagalan apabila sebanyak 4,961 kenderaan diarahkan patah balik kerana didapati cuba merentas daerah dan negeri tanpa mendapatkan surat kebenaran polis.

17-05-2021
Berita Auto

Pastikan Patuhi SOP! Empat Sekatan Jalan Raya Di Daerah Petaling

Empat sekatan jalan raya akan dikekalkan oleh pihak polis berikutan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) di Selangor termasuk daerah Petaling yang telah berkuat kuasa mulai semalam hingga 17 Mei depan.

07-05-2021
Berita Auto

Ibu Bapa Boleh Rentas Negeri Hantar Anak Sekolah

Ibu bapa jangan gusar hantar anak ke sekolah.

25-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026