Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Potongan 70 Peratus Hanya Sah Sehingga 11 Jun ini.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Anda masih belum terlambat untuk menjelaskan kompaun atau saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang  tertunggak sejak sekian lama.

Ini kerana tempoh diskaun 70 peratus itu bakal berakhir pada 11 Jun depan. 


Maka, masih ada baki lebih kurang dua minggu lagi untuk “membersihkan nama” anda di dalam sistem JPJ.

Sebelum nama anda disenarai hitamkan,  anda dinasihatkan supaya tidak melepaskan peluang ini untuk membayar saman tertunggak.

Menurut  laman rasmi Facebook JPJ, pihaknya menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus sejak 13 April lalu.

Bagaimanapun, tawaran diskaun itu akan berakhir pada 11 Jun depan menyebabkan JPJ mengingatkan orang ramai supaya menjelaskan saman dan kompaun dengan segera sebelum tempoh tawaran itu tamat.



Pengurangan diskaun itu hanya diberikan kepada saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

3.5 Saman Masih Tertunggak

Lebih mengejutkan lagi, Kementerian Pengangkutan turut mendapati sekurang-kurangnya 3.5 juta saman JPJ masih belum diselesaikan sejak tahun 2010 hingga Mac tahun ini.

Fuhh,  3.5 juta saman masih belum dibayar? 


Jika anda salah seorang daripada pesalah trafik yang masih gagal melunaskan bayaran saman, rebutlah potongan 70 peratus ini sebelum terlambat!

Malah, pengurangan saman itu dilihat sedikit berbeza kerana tempoh yang diberikan lebih lama iaitu dua bulan berbanding sebulan sebelum ini.


Sehubungan itu, pembayaran saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ, cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), kiosk dan portal JPJ.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026