Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

21 Kereta Mewah Hancur! Ini Sebabnya Kenapa Kastam Filipina Hancurkan...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ingin membawa masuk kereta sport mahal, tapi tak sanggup untuk bayar cukai yang sepatutnya, inilah sebabnya aktiviti import kereta mewah secara haram berleluasa di negara Filipina. Padahnya? Sejumlah USD1.2 juta (kira-kira RM4.9 juta) ‘terbakar’ begitu sahaja!

 

Pada bulan Ogos tahun lalu pihak berkuasa Filipina telah merampas sebuah model kereta unik, McLaren 620R setelah pengimport memasukkan maklumat palsu dengan mengatakan kereta yang dibawa masuk ialah Porsche Cayman. Kerajaan Filipina memandang perkara ini sebagai satu isu serius dan tindakan yang memedihkan pengimport telah dilakukan. 

 

Apa yang pihak Kastam Filipina buat?

 

Mereka memusnahkan kereta-kereta mewah ini dengan menggunakan jengkaut. Tindakan yang dibuat ini dikongsikan di Facebook:

 


Suasana menyayat hati McLaren 620R dihancurkan jengkaut

 

Dalam satu kenyataan yang dibuat, dilaporkan bahawa kenderaan yang dihancurkan ialah kereta-kereta yang telah dirampas dari Manila International Container Port (MICP), Port of Manila (POM) dan Port of Subic.

 

Tujuh buah kenderaan yang dimusnahkan di Port Area, Manila ialah kereta-kereta yang dirampas dari POM iaitu McLaren 620R terbaharu dan Hyundai Genesis terpakai; dari MICP iaitu Bentley 2007, Porsche 911 C2S, dan Mercedes-Benz terpakai; serta dari Port of Subic iaitu Lotus dan Toyota Solara.



 

Ketujuh-tujuh buah kereta ini dihancurkan bersama-sama dengan 14 lagi kenderaan lain di lokasi berasingan. Di lokasi kedua ini model yang dimusnahkan ialah Mitsubishi Jeep.

 

Namun begitu, daripada kesemua model yang dimusnahkan, 620R ialah model paling unik kerana dikeluarkan hanya sebanyak 350 unit sahaja!




Saat-saat terakhir McLaren 620R sebelum dihancurkan



 Keadaan McLaren 620R selepas dihancurkan


Menurut perkongsian yang dibuat di Facebook, kereta-kereta ini adalah kereta unit import yang telah dikumpulkan antara tahun 2018 ke 2020. 


Pelupusan kali kedua tahun ini

 

Apa yang berlaku baru-baru ini adalah pelupusan kereta mewah kali kedua untuk tahun ini. Pada 9 Februari yang lalu, pihak Kastam Filipina turut telah memusnahkan sebanyak 17 kenderaan. Pada ketika itu kenderaan yang dimusnahkan ialah  2015 Toyota Land Cruiser, Ford F-150 Raptor, Hyundai Starex, 2019 Land Rover Evoque, Porsche 911 dan 2007 Bentley Continental GT.


Namun, ini juga bukanlah kali pertama kereta mewah yang diimport masuk ke dalam Filipina telah dimusnahkan.

 

Bila semua ini bermula? 

 

Pada tahun 2017, Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte mengarahkan supaya semua kenderaan yang diseludup masuk ke nagara itu dihapuskan untuk menghantar “mesej tegas bahawa pemerintah memandang serius usaha untuk menentang penyeludupan.”

 

Ekoran daripada arahan ini, pada tahun 2018, banyak kenderaan mula dimusnahkan membabitkan jumlah keseluruhan kenderaan mencecah USD 8 juta dan hampir 100 kereta dimusnahkan pada tahun itu. 

 

Adakah tindakan memusnahkan kereta ini akan dilakukan lagi pada masa akan datang?

 

Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk mematahkan usaha penyeludup daripada meneruskan aktiviti haram ini. Berkemungkinan besar, lebih banyak kereta dilihat akan dimusnahkan kerana penjenayah akan sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagi mengelak daripada mematuhi undang-undang import yang ketat serta membayar cukai tinggi.

 

Aktiviti pelupusan ini disaksikan secara langsung oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Filipina, Suruhanjaya Audit serta pegawai-pegawai penting dari pihak Kastam yang diketuai oleh Pesuruhjaya Rey Leonardo B. Guerrero.



 

Pihak Kastam Filipina sering berkongsi foto-foto kereta yang disita sebelum dimusnahkan di media sosial. Antara model kereta yang telah disita baru-baru ini ialah Ferrari F430 Scuderia, Mercedes Benz SLK, 2016 Nissan GTR, Porsche Boxster, Mercedes Benz E220, Toyota Land Cruiser, 2020 Chevrolet Camaro ZL1 dan dua buah Toyota MR2.

 

 

 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.

05-08-2025
Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025
Berita Auto

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025