Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jeep Wrangler 4xe: Jeep Elektrik Yang Serba Canggih

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perkenalkan Jeep Wrangler 4xe sports serba baharu yang berkuasa tinggi, efisien, dikuasakan oleh elektrik dan semestinya mesra alam. Sememangnya futuristik!

Wrangler 4xe ataupun disebut sebagai 'four-by-e' versi hibrid plug-in ini telah diberikan penambahbaikan yang cukup banyak. 

Versi terbaharu ini mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.4 saat dan boleh menghamburkan kuasa kuda mencecah 380 hp dengan tork sebanyak 637 Nm.

Kadar penggunaan minyaknya pula adalah kira-kira 3.5L/100 km dalam mod hibrid. Model terbaharu ini juga menggunakan sistem pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang memberikan lebih daripada 50 km jarak perjalanan yang bebas emisi berdasarkan kitaran WLTP.

Untuk mengembalikan tenaga kereta, bateri boleh dicas dengan menggunakan easyWallbox. Sistem pengecasan ini mampu memberikan kuasa penuh kepada kereta dalam masa kurang 3 jam pada 7.4 kWj.

Kereta ini juga memiliki ciri Max Regen yang menjana kuasa ketika membrek semasa kenderaan menerima input throttle sifar. 

Turut dipasangkan pada Wrangler 4xe versi hibrid plug-ini adalah dua motor elektrik dengan pek bateri bervoltan tinggi serta enjin petrol 2.0L berpengecas turbo yang berteknologi tinggi. Sistem ini digabungkan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan TorqueFlite.

Model ini dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda termaju, aktif sepenuh masa yang digelar 'Selec-Trac' dan 'Rock-Trac,' Dana axles, Tru-Lok electric front-axle dan rear-axle lockers, Trac-Lok limited-slip differential serta electronic front sway-bar disconnect.

Wrangler 4xe hibrid plug-in ini ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu Sahara 4xe, Rubicon 4xe dan akhir sekali varian edisi eksklusif ‘80th Anniversary’ 4xe. Kesemuanya didatangkan dengan sistem 4x4 dan juga rim aloi 17" serta 18".

Ditawarkan dalam 10 warna berbeza iaitu Black, Bright White, Firecracker Red, Granite Crystal Metallic, Hella Yella, Billet Silver Metallic, Sting-Gray, ini termasuklah warna-warna baharu iaitu Hydro Blue, Snazzberry dan Sarge Green.

Kesemua pilihan warna ini boleh digabungkan degan beberapa konfigurasi bumbung yang ditawarkan iaitu sama ada soft top, hardtop, soft top automatik atau  dual top. 

Antara teknologi canggih yang dimiliki Jeep Wrangler ialah sistem NAV Uconnect skrin sentuh bersaiz 8.4", integrasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, Uconnect Services, paparan TFT 7" (untuk varian spesifik) dengan mod elektrik dan hibrid, sistem audio Alpine 9 speaker serta subwoofer 552 W. 

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem ADAS termaju yang merangkumi Sistem Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, kamera pandang belakang, Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Electronic Roll Mitigation (ERM), Bantuan Parkir depan dan belakang serta sistem ‘Enter’n’Go’ tanpa kunci. 

Ciri keselamatan tambahan lain adalah seperti Kawalan Pelayaran Adaptif, Forward Collision Warning-Plus dan kamera depan terbaharu. 

Wrangler 4xe  sudah mula ditawarkan oleh pengedar-pengedar Jeep di seluruh Eropah. Melalui program Jeep Wave, setiap pembelian  didatangkan dengan manfaat seperti rutin penyelenggaraan selama dua tahun, bantuan kerosakan tepi jalan serta bantuan khidmat pelanggan khas.

Gallery

Tag:

Jeep Wrangler
4xe
Wrangler
Wrangler 4xe
Jeep Wrangler 4xe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
EV Jeep Recon Dikeluarkan Tahun 2026 – Capai 650 HP

EV Jeep Recon Dikeluarkan Tahun 2026 – Capai 650 HP

Jeep Recon bakal memasuki fasa pengeluaran awal tahun 2026. Menjelang ketibaannya, spesifikasi dan harga jualan bagi pasaran Amerika Utara telah didedahkan.

19-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026