Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dapatkan Lebih Banyak Tawaran Menerusi Kempen Pertengahan Tahun Hyundai!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hyundai -Sime Darby Motors (HDSM) melancarkan kempen servis pertengahan tahun termasuk menawarkan diskaun tambahan kepada semua pemegang Kad Kesetiaan Hyundai.




Bermula dari sekarang hingga 31 Julai depan, para pelanggan yang menghantar kenderaan mereka untuk tujuan servis di mana-mana pusat servis sah Hyundai, mereka berpeluang menikmati diskaun 15 peratus untuk alat ganti terpilih, manakala 10 peratus untuk kos buruh.

Sementara itu, pemegang Kad Kesetiaan Hyundai pula menikmati diskaun 25 peratus untuk alat ganti terpilih manakala, 15 peratus untuk kos upah.

Diskaun untuk alat ganti yang terpilih itu adalah gasket, penapis minyak, penapis udara, palam pencucuh dan lain-lain.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, syarikat mengadakan kempen servis sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dalam setahun.

Ia bertujuan untuk menggalakkan para pelanggannya untuk melakukan penyelenggaraan secara berkala termasuk penyelenggaran secara keseluruhannya kenderaan.

“Pada tahun, kami menawarkan lebih banyak nilai penghargaan kepada para pelanggan menerusi pelancaran Kad Kesetiaan Hyundai dimana ia menawarkan diskaun yang menarik.

“Kad kesetiaan itu menawarkan penhargaan kepada pelanggan yang sedia ada termausk bagi yang membeli kenderaan Hyundai baharu,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga menawarkan penghargaan itu kepada sesiapa yang memiliki kereta Hyundai.

“Bagi yang berminat untuk memohon Kad Kesetiaan itu, mereka boleh berbuat demikian di mana-mana pusat pengedar sah Hyundai di seluruh Malaysia,” ujarnya.

Lazimnya, Kad Kesetiaan Hyundai akan diberikan secara automatik kepada mana-mana pemilik model Hyundai

Antara manfaat kad tersebut adalah menikmati promosi bulaanan secara eksklusif seperti diskaun 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan BlueCham bagi tempoh April hingga Mei.



Bagaimanapun, para pelanggan sedia ada yang tidak berdaftar untuk mendapatkan kad kesetiaan mereka sebenarnya boleh berbuat demikian di mana-mana pusat pengedar sah Hyundai.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen pertengahan tahun atau produk Hyundai, anda boleh melayari laman sesawang Hyundai di hyundai.com.my.



Tag:

Hyundai Sime Darby Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih

Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.

11-06-2025
Kereta Baru

Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.

11-04-2023
Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Berita Auto

Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise

17-09-2021
Berita Auto

Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.

19-08-2021
Berita Auto

Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan

Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.

17-08-2021
Kereta Baru

Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.

03-08-2021
Berita Auto

Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Program Jaminan Lanjutan yang eksklusif untuk model tertentu.

12-07-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026