Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Huawei Bakal Bangunkan Cip Semikonduktor Dan Dalam Proses Menghasilkan Kereta Elektrik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kebanyakan pengeluar kereta kini menanggung kerugian besar gara-gara mengalami kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan industri automotif. Malah, bekalan semikonduktor yang terhad ketika ini menyebabkan pengeluaran beberapa model terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Oleh itu, dengan menyertai beberapa syarikat teknologi gergasi seperti Intel dan Samsung, Huawei kini dikatakan telah mengembangkan kerjasama kereta pintarnya  dengan Automobil  Chongqing Changan.

Kolaborasi ini akan menyaksikan penyeliaan reka bentuk dan pembangunan penggunaan semikonduktor secara automatik.


Laporan Reuters mendedahkan bahawa kedua-dua pihak itu telah bekerjasama secara tidak rasmi untuk menghasilkan cip kenderaan sejak beberapa bulan lalu.

Selain daripada kerjasama dengan Changan bagi menghasilkan kereta pintar di bawah jenama bersama yang masih belum dinamakan lagi, Huawei  juga sedang mempertimbangkan kereta elektrik (EV) di bawah jenamanya.

Ia dilihat satu langkah ke hadapan bagi bersaing dengan beberapa jenama seperti Apple dan Oppo dimana ia dalam usaha  untuk membangunkan kereta elektrik sendiri.

Laporan Reuters  juga menyebut bahawa Huawei kini sedang berunding mengenai kenderaan elektrik  dengan sebuah pengeluar kenderaan namun tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu.

Menurut rakan kongsi kereta pintar Huawei, Huawei bertanggungjawab untuk sistem operasi kenderaan termasuk pengeluaran teknologi kabin manakala, Changan pula mengetuai reka bentuk dan kejuruteraan kenderaan.


Adakah cip semikonduktor dan pengeluaran kereta EV Huawei akan membuktikan ia merupakan satu batu loncatan buat syarikat teknologi gergasi itu? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Tag:

huawei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berita Baik Atau Buruk? Pentadbiran AS Akhirnya Meluluskan Permohonan Lesen Huawei

Pentadbiran AS telah meluluskan permohonan lesen Huawei untuk membeli cip bagi mengembangkan perniagaan komponen automotif.

02-09-2021
Berita Auto

Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?

Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.

07-05-2021
Berita Auto

Arcfox Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Mengalahkan Tesla Dengan Alpha S Series Smart Car

Arcfox mengumumkan pengeluaran model kereta kedua mereka, Alpha S serta Alpha S Hi yang dibangunkan hasil kerjasama dengan syarikat gergasi Huawei

20-04-2021
Berita Auto

Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!

Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif.

02-03-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto

Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.

15-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.

15-12-2025
Berita Auto

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025
Berita Auto

JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter

Peranti itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.

14-12-2025