Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan PROTON Merosot Bulan Mei

Suhana Veru

Kongsi melalui

Selepas mengalami jualan yang sangat baik selama dua bulan berturut-turut, PROTON cuma berjaya menjual 9,440 unit di pasaran domestik dan eksport pada bulan lalu.

Ini bermakna, Jualan Proton merosot sebanyak 37.1 peratus pada Mei lalu.

Pasaran automotif dikatakan menyusut dengan kadar lebih kurang 20 peratus pada bulan Mei gara-gara isu-isu seperti kekurangan cip dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehingga hujung bulan Mei, jumlah jualan yang telah direkodkan adalah sebanyak 57,283 unit dengan pegangan pasaran sebanyak 23.5 peratus. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Setelah mendahului pasaran secara keseluruhan pada bulan April, Proton Saga mengakhiri bulan Mei dengan jualan paling banyak bagi segmen-A apabila 3,786 unit diserahkan kepada pemilik.


Saga juga merupakan salah satu daripada empat model Proton yang mendahului kelasnya.

Seperti bulan sebelumnya, Proton X50 dan X70 terus mendahului segmen masing-masing dengan margin yang besar.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 pula mencapai 1,899 unit pada Mei, manakala Proton X70 pula berjaya mencapai 1,523 unit. 

Secara keseluruhan, sebanyak 3,422 unit telah diserahkan kepada pemilik di Malaysia dan luar negara.

Malah, Proton Exora merupakan juara segmen yang keempat bagi syarikat, iaitu juara bagi kelas  kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C.

Pada masa yang sama, usaha jualan PROTON di luar negara terus membina momentum meskipun pasaran antarabangsa mempunyai pelbagai langkah kawalan pergerakan.

Sekurang-kurangnya  669 unit yang merangkumi Proton Saga, Proton X50 dan Proton X70 dieksport pada Mei.

Pencapaian ini dikatakan adalah antara bulan terbaik untuk bahagian jualan antarabangsa syarikat sejak Mac 2013.


Oleh itu, jumlah jualan pasaran eksport bagi tahun 2021 setakat ini hanya kurang 100 unit berbanding jumlah jualan keseluruhan tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata, jualan kereta Mei dilihat menurun disebabkan pelbagai faktor seperti kekurangan bekalan cip dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pertengahan bulan.

Menurutnya, biarpun kebanyakan pemain industri mempunyai tempahan yang mencukupi, namun kebanyakan pengeluar kereta perlu bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Bagi PROTON, jualan kami mencukupi untuk kekal di tempat kedua secara keseluruhan dan turut menerima sumbangan daripada bahagian eksport yang berjaya mencapai jualan tertinggi dalam tempoh 98 bulan walaupun menghadapi cabaran dari rangkaian penghantaran antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Malah, pelaksanaan total lockdown yang dikuatkuasakan sejak Selasa lalu turut menyebabkan jualan kenderaan akan tergendala untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu  atau lebih daripada tempoh itu namun bergantung kepada situasi semasa.


Berbeza dengan tahun lalu, pusat servis dibenarkan beroperasi jadi, PROTON akan menerima kenderaan pelanggan yang sudah membuat temujanji terlebih dahulu.

Dalam pada itu, PROTON juga berhasrat untuk mengkaji semula pelan jualan bagi bulan-bulan akan datang selepas industri automotif menerima insentif PENJANA yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini. 

“Kami juga sedang berusaha untuk memuktamadkan pelan pelancaran model bagi sepanjang tahun ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada masa ini sudah tentu akan memberi impak kepada Tarikh yang dirancang, namun PROTON tetap komited untuk memastikan pelancaran akan dijalankan dan terus memberi keterujaan pada pelanggan untuk tahun ini,” tambahnya.


Gallery

Tag:

#proton
Proton X50
Proton X70
Proton Edar Sdn Bhd
Proton Saga
Proton Exora
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026