Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemenangan Bersejarah Dunia! Shell Diperintah Mengurangkan Pembebasan Karbon Dioksida! Ini Pejuangnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sebuah mahkamah di Netherlands telah memutuskan bahawa syarikat minyak gergasi dunia, Shell, bertanggungjawab atas perubahan suhu dan iklim dunia. Perkara yang berlaku ini adalah satu peristiwa yang bersejarah kerana buat pertama kalinya sebuah badan korporat dipertanggungjawabkan atas isu perubahan iklim dunia. 


Hakim mengarahkan Shell untuk menurunkan kadar pembebasan karbon dioksida sehingga 45 peratus dalam jangka masa 10 tahun hasil daripada tindakan undang-undang yang dibawa oleh Friends of the Earth Netherlands (Milieudefensie) dengan 17,000 lagi plaintif bersama dan enam pertubuhan lain. 


“Ini adalah kemenangan bersejarah untuk planet kita, untuk anak-anak kita dan masa hadapan.  Hakim tidak meninggalkan ruang bagi keraguan lagi: Shell menyebabkan perubahan iklim berbahaya dan mesti menghentikan tingkah laku yang memusnahkan itu sekarang," ujar Pengarah Friends of the Earth Netherlands, Donald Pols. 


Plaintif berdiri di luar mahkamah 

Tiga isu utama dibangkitkan daripada keputusan yang dibuat: Royal Dutch Shell mesti mengurangkan pembebasan karbonnya sehingga 45 peratus menjelang 2030, yang mana syarikat bertanggungjawab atas pembebasan yang dilakukan pelanggan (skop 3) dan pembekal.  Terdapat ancaman pelanggaran hak asasi manusia terutamanya 'hak untuk hidup' dan 'kehidupan keluarga yang tidak terganggu'.  Shell juga mestilah mematuhi keputusan penghakiman secepat mungkin kerana dasar iklim semasa Shell tidak cukup kukuh. 

"Ini adalah satu titik perubahan (penting) dalam sejarah. Kes ini unik kerana buat pertama kalinya seorang hakim telah mengarahkan sebuah syarikat pencemar yang besar untuk mematuhi Perjanjian Iklim Paris (Paris Climate Agreement). Perintah ini memiliki kesan yang besar kepada pencemar yang lain," ujar peguam Friend of the Earth Netherland, Roger Cox.  


Kesan pencemaran projek Shell di Nigeria

Keputusan yang dibuat oleh mahkamah di The Hague akan memberi impak meluas di peringkat global, termasuklah Amerika Syarikat.

 "Hari perhitungan akan mendekati syarikat bahan bakar fosil AS.  Pentabdibran Biden perlu mengambil berat amaran ini dan melakukan sesuatu untuk mengakhiri kebergantungan terhadap bahan bakar fosil dengan menamatkan sokongan terhadap projek bahan bakar fosil luar negara dan lain-lain subsidi yang berkaitan," tegas penganalisis polisi antarabangsa kanan  Friends of the Earth, Kate DeAngelis.  


"Ini adalah tanda kemenangan untuk keadilan iklim.  Harapan kami adalah supaya keputusan ini dapat mencetuskan gelombang litigasi iklim terhadap pencemar utama, bagi memaksa mereka untuk berhenti mengekstrak dan membakar bahan api fosil. Keputusan ini adalah satu kemenangan bagi komuniti Selatan global yang sedang berhadapan dengan impak iklim yang dahsyat pada masa ini," tambah wakil Friends of the Earth, Sara Shaw. 


Gallery

Tag:

SHELL
Friends of Earth
Friends of Earth Netherlands
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Ada Berita Baik Buat Pengguna Shell, Kini Shell Ada App

Shell Malaysia lancar aplikasi mudah alih Shell App

22-08-2023
Berita Auto

Kini Boleh Bayar Minyak Guna Touch 'n Go RFID Di Shell

Touch ‘n Go Group dan Shell Malaysia telah merasmikan pengisian petrol tanpa tunai.

11-08-2022
Berita Auto
Berita Auto

Shell Malaysia Bantu Kembangkan Produk Pengusaha SME

Shell Malaysia mengumumkan pihaknya bakal menawarkan lebih banyak produk termasuk produk terpilih daripada 29 peserta program di bawah program Realisasi Impianmu Bersama Shell di Shell Select.

13-09-2021
Berita Auto

Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!

Porsche Asia Pacific dan Shell telah mengumumkan kerjasama untuk mewujudkan rangkaian pengecasan EV berprestasi tinggi yang pertama di rantau Asia Tenggara

01-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery

Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan ini.

19-06-2025
Berita Auto

Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan

Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.

19-06-2025
Berita Auto

Orang Awam Marah Polis, Rupanya Kereta Peronda Ada Masalah Teknikal

Seorang pemandu berang selepas kereta peronda polis yang tidak mempunyai lampu brek, berhenti secara tiba-tiba di tepi jalan.

19-06-2025
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Selepas Terempuh Treler

Seorang lelaki menemui ajal sejurus merempuh treler yang membuat pusingan U.

19-06-2025
Berita Auto

Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.

18-06-2025
Berita Auto

MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.

18-06-2025
Berita Auto

Akhirnya Harga Minyak Naik! Harga Runcit RON97, Diesel Naik 7 Sen Bermula Esok

Harga runcit RON97, diesel naik tujuh sen bermula esok.

18-06-2025
Berita Auto

Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900

MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.

18-06-2025