Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bakal Hasil Cip Sendiri, Volkswagen Nak Ikut Jejak Tesla & Apple?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dalam temu bual bersama akhbar Jerman, Handelsblatt, Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Group, Herbert Deiss mengesahkan bahawa syarikat bercadang untuk mereka bentuk dan membangunkan sendiri cip berkuasa tinggi dan juga perisian penting lain bagi kegunaan kenderaan autonomi.

Untuk pengetahuan pembaca, Volkswagen telah pun mengumumkan tentang kehadiran kenderaan autonomi sepenuhnya yang pertama bagi syarikat ini iaitu van elektrik ID.Buzz dan juga ID.4 EV. Terkini, VW mengambil langkah berani dengan cubaan mereka untuk menghasilkan cip berkuasa tinggi sendiri bagi kenderaan autonomi yang dihasilkan. 



"Bagi mencapai prestasi optimum ketika wujudnya permintaan kereta yang tinggi, perisian dan perkakasan (hardware) perlu dikeluarkan oleh satu pihak," ujar Diess.  


Cariad, syarikat pembangunan perisian Volkswagen yang dulunya dikenali sebagai Car.Software bertanggungjawab untuk menghasilkan cip ini.  Volkswagen dalam perancangan untuk melaburkan kira-kira 7 bilion euro (sekitar RM35 bilion) bagi Cariad menjelang 2025.  


"Apple dan Tesla memiliki kecekapan yang lebih tinggi dari segi bagaimana semikonduktor ditakrifkan," kata Diess.  Walaupun rancangan ini tidak memberikan kelebihan kepada Volkswagen dari segi bekalan, tindakan ini dilihat sebagai respon kepada Tesla, syarikat Amerika Syarikat yang telah berjaya mewujudkan ciri teknologi baharu dengan pantas. Pencapaian ini berjaya dilakukan disebabkan oleh kebolehan mereka untuk mengintegrasikan cip yang direka sendiri.  

Volkswagen hanya bercadang untuk mereka bentuk cip komputer sendiri, namun pengeluarannya pula akan diserahkan kepada pembekal sedia ada.  Langkah ini adalah sama seperti dilakukan Tesla yang menyerahkan pengeluaran cipnya kepada Samsung.  Volkswagen juga bercadang untuk mempatenkan cip yang dihasilkan kelak. 


Gallery

Tag:

#Volkswagen
Cariad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Panggil Balik: 3 Jenama Terjejas

Produk dipanggil balik demi keselamatan pengguna.

28-03-2024
Berita Auto

Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!

VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.

13-03-2024
Global

Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini

Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.

26-02-2024
Global

Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024

Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...

29-01-2024
Global

Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun

Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.

15-01-2024
Global

Model Baharu Golf 2024 Ditayang

Video teaser model Golf baharu.

26-12-2023
Global

Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!

Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.

02-06-2023
Global

BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China

BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.

02-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026