Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kes Tipu Jual Beli Kereta Online Cecah RM5.4 Juta! Ini Helah Scammers Yang Ramai Perlu Tahu...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kira-kira RM5.4 juta telah berjaya ditipu oleh iklan jualan kereta dalam masa hanya lima bulan pertama tahun ini. Secara keseluruhannya sebanyak 461 kes telah dilaporkan.



 

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din, kes tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 94.5 peratus berbanding 237 kes terkumpul dalam tempoh yang sama tahun lalu yang membabitkan RM1.4 juta.

 

“Pada 2020 sebanyak 678 kes penipuan jualan kenderaan melibatkan kerugian berjumlah RM5.9 juta dilaporkan, meningkat sebanyak 22.8 peratus berbanding 2019 yang merekodkan sebanyak 552 kes dengan kerugian berjumlah RM3.2 juta,” ujar Kamarudin dalam sebuah kenyataan.



 

Beliau menasihkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membuat pembelian kenderaan yang diiklankan dalam talian.

 

“Antara langkah yang boleh digunakan ialah membuat tinjauan dan semakan harga semasa kenderaan di pasaran, tidak mudah percaya dengan iklan yang menawarkan kereta terpakai dengan harga yang murah atas alasan pengecualian kastam atau rampasan pihak berkuasa.



 

“Selain itu pelanggan juga perlu sentiasa menyimpan rekod perbualan dan transaksi pembayaran sebagai bukti dan memastikan urusan perjanjian jual beli dilakukan melalui kaedah yang diperakui selain membuat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon melalui http://ccid.rmo.gov.my/semakmule,” katanya.



 Semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon boleh dilakukan melalui website ini


Kamarudin turut mendedahkan modus operandi yang sering digunakan sindiket ini iaitu dengan menawarkan kereta import dalam harga rendah dengan alasan kereta ini didatangkan daripada negara Thailand, Singapura atau Langkawi.



 Scammers akan menggunakan pelbagai helah untuk memperdaya orang ramai


“Sindiket ini akan menggunakan media sosial sebagai medium pengiklanan dan mangsa kemudian diminta memasukkan sejumlah wang ke akaun bagi tujuan antaranya pembayaran wang proses, cukai jalan dan geran. Setelah wang dimasukkan ke akaun berkenaan kereta yang dijanjikan tidak diterima,” katanya.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026